Selasa, 9 Jun 2015

SATU PANDANGAN





Kenyataan Media: Perutusan  Anwar Ibrahim mengenai Pakatan Rakyat

Semalam saya telah bertemu  Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh berkenaan beberapa kes mahkamah. Berikut adalah perutusan beliau yang dituju kepada rakan-rakan politik dan rakyat Malaysia, yang beliau sampaikan kepada saya dalam pertemuan tersebut:

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan. Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN.”

Anwar Ibrahim juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu ini kepada Sdr Lim Kit Siang dan  Hj Abdul Hadi Awang.

N SURENDRAN
Ahli Parlimen Padang Serai
Anggota Biro Politik KEADILAN

9 Jun 2015
------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Noted Boss. Sejak Boss di Sungai Buloh si Mahathir nak rasa jadi ketua pembangkang tapi bila kena 'rampas mikrofon' dan apa dia cakap ? " Inikah kebebasan bersuara ". Pastu muka macam nak nangis sahaja saya tengok. Sekian info untuk ketua Umum kita.

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan baharu Pas perlu mengabaikan permintaan DSAI bagi membuktikan kepimpinan pro ulamak menolak campurtangan luar dslam urusan parti. Buktikan bahawa kepimpinan baharu bersih dari pengaruh Anwarinas dan bukan kuda tunggangan DAP seperti kepimpinab sebelum.

Tanpa Nama berkata...

Masalah nya Orang Orang PAS BODOH tetap angkat HADI PIL KUDA AL-TOLOL sebagai Presiden yang mahukan jawatan TPM bila mana MOHIDEEN jadi PM

Dunia sudah kabori Otak Otak PAS

DatoPidi berkata...

Buat parti lain la yeop.
Biarkan mertua din ayam dgn labu2xnya.
Ramai lagi kat malaya nie yg bole tangkap jin. Tinggalkan je la party pas tu. Buat parti lain la.

Tanpa Nama berkata...

Teman setuju sangat yop.cepatla pasma buat parti baru

Nazrio berkata...

Datuk Seri Anwar..!!

pakai Lar serban duLu
kaLu nak speaking sama hadi awang...
anwar ni sejak duduk penjara
X pandai buat repo