Selasa, 10 Januari 2017

DEMO KEMARAHAN RAKYAT






ANAK MUDA

SEMUA SEDIA

TUNJUKKAN

MARAH GEGAK

GEMPITA

Pakatan mahu anjur himpunan kemarahan rakyat

SEBERANG JAYA - Selepas menganjurkan Perhimpunan Bersih 5.0 tahun lalu, Pakatan Harapan sekali lagi mahu menganjurkan perhimpunan mega bagi menunjukkan kemarahan rakyat terhadap skandal rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu akan diadakan sebelum pilihan raya umum yang akan datang di seluruh negara dan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi medan utama untuk rakyat berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap masalah berkenaan.

Menurutnya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menghubunginya sebelum ini bagi menyatakan hasrat sama mengadakan perhimpunan itu dan berharap seluruh lapisan masyarakat turut menyertainya apabila tarikh perhimpunan itu ditentukan kelak.

"Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.

"Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi  

ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal,"katanya ketika menyampaikan ceramah pada perhimpunan solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan, Presiden PKR,  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan Pakatan Harapan lain.

Sementara itu, Mohamad Sabu mendakwa, masalah rasuah dilihat akan terus berlaku sekiranya seorang individu yang berkait dengan skandal RM 2.6 billion tidak ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SATU JUTA

KE DATARAN

MERDEKA

GEGAK 

GEMPITA

SELURUH ALAM



------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangla dtg 4 juta nanti pakai baju merah kah kah kah...skrg kena mohon menteri sumber manusia bangla asia utk selesai masalah bangla...kah kah kah...semua marah...kecuali yg dapat dedak kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Sudah lama kita mampos dalam setia. Sekarang jom kita hidup dan tegak dengan derhaka. Kita lagukan rentak marah kita bagai Sang Jebat. Berderhaka bertaji menghambat badak dan malamnya bersyurga dengan bidadari. Ayuh anak muda .. hentikan memondan diri, tegakan kontol mu dan pancutkan menghala menteri.

Tanpa Nama berkata...

Nak selesaikan masalah rasuah tak begitu susah. Mula2 tangkap perasuah No 1 negara MO1 dan dakwa dimahkamah. Jatuhkan hukuman setimpal. Kemudian satu persatu tangkap dan dakwa orang2 bawahan. Jatuhkan hukuman yg boleh jd deterrent. InsyaAllah rasuah byk kurang

Tanpa Nama berkata...

Aku ada bermimpi. Dalam istana. Chandelier terang benderang. Takde bidadari. Takde puteri. Takde dayang dayang. Yang ada najib. Hadoiiii. Dan pengarah sprm, tak tau mana satu. Itu je. Najib separuh berbisik pada pengarah sprm, kamu tangkap dulu setiap dan semua orang-orang bawah nun (menteri, timbalan, ksu, pengarah, pegawai, kerani, drebar) yang ada walau 5 sen rasuah. Kamu habiskan masa, tenaga, dan peruntukan untuk siasat, tangkap, dakwa dan hukum semua bangsat tu! Kamu jangan lupa orang swasta, jangan kejar orang kerajaan je! Dan jangan kira darjat raja ke penoreh getah. Saya berjanji dalam istana ni, bila kamu selesai tangkap semua tu, saya sendiri akan serahkan pada kamu berserta segala bukti, rosmah dan anak dia! *poof!* najib terus ghaib.
*tulisan di atas cuma satu fiksyen