Isnin, 19 Mac 2018

TUAN HAJI SPR KAKI TIPU








TUAN HAJI SPR

KAKI TIPU

KENYATAAN MEDIA

Jawapan Pengerusi SPR Sahkan Wujud Kelompangan Proses Yang Membolehkan Kewujudan ‘Pengundi Hantu’

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi SPR yang telah memberi kenyataan balas kepada pendedahan kes pemindahan pengundi Lembah Pantai ke Parlimen Sungai Besar, DUN Sekinchan tanpa pengetahuan mereka. 

Memandangkan pengundi-pengundi yang saya temui itu mengesahkan mereka tidak tahu atau sedar mereka membuat sebarang permohonan memindah tempat mengundi, kenyataan balas Tuan Haji Mohd Hashim secara tidak langsung mengesahkan adanya kelompangan-kelompangan di dalam proses SPR yang boleh disalahguna pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan ‘pengundi hantu’.

Berkaitan pendedahan tersebut, malangnya jawapan Pengerusi SPR tidak memberikan gambaran penuh bagaimana kejadian pemindahan pengundi tanpa pengetahuan mereka boleh berlaku.

Oleh itu, saya menggesa Tuan Haji Mohd Hashim untuk segera mendedahkan Borang-Borang A yang beliau maksudkan itu, bersama dengan maklumat bila dan di mana permohonan-permohonan pemindahan pengundi tersebut dikatakan dibuat.

Memandangkan isu ini melibatkan persepsi umum terhadap integriti proses pengurusan data pengundi oleh SPR, dan memandangkan ‘pengundi hantu’ adalah fenomena yang melemah dan merosakkan demokrasi di Malaysia, saya berharap Pengerusi SPR tidak berdolak-dalih dan akan bertindak segera.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Lembah Pantai







-------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woii penjawat melayu islam spr buat kerja tipu undi. ambil habuan dpt pangkat terima kedudukan. itu upah ko orang. hidup mati jholow riza lebih penting berbanding bangsa malaysia. kerajaan baru nanti dah cukup alasan hukum kalian.

Tanpa Nama berkata...

Warga melayu islam hadhari wasatiyyah tipu sunat. Alhamdulillah dapat banyak pahala