Isnin, 24 Jun 2019

JANGAN BAGI CHAN








TEKAN TIBAI

SEBELUM PRU15

PASTIKAN

UMNO KAPUT

BARU KITA

SEMUA SENANG

Umno guna duit curi daripada 1MDB, kata Dr Mahathir

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Umno menggunakan wang curi daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengendalikan operasi dan cawangannya, dan kini perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan itu.

Dr Mahathir berkata bekas perdana menteri Najib Razak mengagihkan wang itu kepada partinya, dan Pakatan Harapan (PH) kini dalam usaha mendapatkan kembali wang berkenaan di mana ia hak kerajaan.

“Apa yang berlaku dulu ialah Umno guna wang curi itu dan diagihkan kepada cawangannya. Maka, mereka perlu kembalikan wang itu.

“Wang itu milik kerajaan, Najib curi ia daripada kerajaan.


“Jika mereka mahu buka Umno baharu, mereka boleh buat begitu, tetapi jika mereka buat salah mereka perlu berdepan dengan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata Putrajaya bukan mahu memusnahkan Umno, atau bekas presidennya Najib yang kekal bebas atas jaminan walaupun berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

“Jika kita mahu buat begitu kita sudah buat awal lagi. Kita benarkan Najib Razak bebas walaupun dia dituduh, dia boleh pergi mana-mana,” katanya hari ini.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia membuat tuntutan saman pelucutan sivil terhadap 41 pihak termasuk individu, parti politik dan perbadanan yang dipercayai menggunakan duit 1MDB.

Entiti ini didakwa sebagai penerima RM270 juta milik 1MDB, yang dipindahkan daripada akaun AmBank Najib ketika beliau perdana menteri.

Semalam, setiausaha agung veteran Umno Mustapha Yaakub memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak terkejut dengan tindakan diambil agensi anti rasuah itu. – 24 Jun, 2019.


HIMPIT ASAK

TEKAN PIJAK

HINGGA TAK

DAPAT BERNAFAS
--------

Tiada ulasan: