Sabtu, 13 Julai 2019

APA MAKNA BERITA INI




APA MANA

BERITA INI

GUA MALAS

STORY

Kelantan sokong kerajaan Dr Mahathir, kata menteri besar

KELANTAN menyokong kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang berusaha menunaikan janji dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata Dr Mahathir kini dilihat menjunjung tinggi konsep federalisme apabila berusaha membantu membangunkan Kelantan walaupun ia ditadbir oleh pembangkang termasuklah dalam pengurusan bekalan air dan program tebatan banjir.

“Dr Mahathir tak lihat dari segi kepartian tapi dari segi kewajipan (kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri). Kita sokong Dr Mahathir (kerana junjung konsep federalisme),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah agama di Medan Ilmu di Kota Bharu, hari ini.

Selasa lepas, Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan menerusi mesyuarat kali keduanya memberi tumpuan kepada empat isu utama membabitkan pengurusan sumber air seperti banjir dan keperluan air bersih di negeri itu.

Pengerusinya Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata empat perkara yang telah diteliti itu ialah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), projek pembinaan Empangan Lebir, projek hidroelektrik di Nenggiri dan projek Skim Bekalan Air syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Merbau Condong, Machang.

Mengulas mengenai empat projek itu, Ahmad yang juga Pengerusi Bersama MTNg berkata ia akan memberi faedah jangka pendek dan panjang kepada penduduk di negeri ini.

“Empat projek berkenaan terutama berkaitan pembinaan empangan bukan sahaja akan mengawal banjir malah bakal menjadi sumber baharu bekalan air kepada Kelantan,” katanya.

Ditanya mengenai pelawaan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa yang mahu PAS menyertai Pakatan Harapan (PH), Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata pihaknya telah menyediakan pelbagai program bagi menggerakkan Gagasan Sejahtera dan konsep Penyatuan Ummah antara parti itu dan beberapa parti lain termasuk Umno.

“Kami ada program yang sesuai yang kami rangka untuk tawarkan kepada rakyat dan parti lain. Insya-Allah kami yakin bahawa apa yang kami ada ini lebih baik daripada PH walaupun mereka memerintah negara ketika ini,” katanya. – Bernama, 12 Julai, 2019


KALAU GUA

STORY LU 

TUDUH GUA

MAKAN DEDAK

AHMAD YAKOB

TAPI MESTI

ADA LONG STORY

KUEH TAIK ITEK

 KUEH AKOK

DAN KUEH PAU

KAH KAH KAH


----------

6 ulasan:

Nope berkata...

Boring la brader. Lu tak habis2 kasi hint. Ter now lah. Pecah berita lah. Fakta bukti tak beri. Ni nak tanya, bilanya harga air ke singapore nak naik? ke dgn atok2 pon sdh di kuehpaw kan? Hati2 sikit skandal lama. Kahkahkahakptui.

Lone ranger pomen berkata...

Dlm hati Tun dah takde mood nak berkuasa, cari harta. Dia dilahirkan sebagai pemimpin. Diusia emas, Yg Ada Cuma nak menebus kesilapan, memperbetulkan kerosakkan yg Dia buat dulu. TaK semua dpt peluang ke2. Tun Antara insan terpilih Yg Allah beri peluang. Tu pun ade Yg tak nampak. Mata dah penuh dgn serdak dedak. Dah melekat, tak boleh nak buang.

azam berkata...

Kau bukan malas nak ulas.
Kau takut atok tak bagi kau jilat lubang jubo dia lagi jika kau bocor rahsia.
Alasan lebai sokong atok sebab atok pau lebai pasal kes RM 90j.

Tanpa Nama berkata...

Lu dedak la, sebab lu bukan lebai dol...

90 juta tu haq lebai dunia akhirat penyatuan proksi...

jip berkata...

Kalau musuh sokong apa tanda dan maknanya turrr .... Madey bukan pengkhianat ke maksudnya.... Lu yg ajar dulu kan...

Tanpa Nama berkata...

ye ko dok mung ni? Kenapa sebelum PH menang duduk jaja Anwar PM 8.Tak kan masa tu tak tahu dan tak bantah. memang lu makan dedak Isham.