Khamis, 12 September 2019

RAKYAT PASTI SOKONG






TUGAS SUCI

LAT KOYA



SPRM siasat kes penjualan MyKad kepada warga China di P.Pinang jika ada maklumat jelas


KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan kes pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang baru-baru ini sekiranya mendapat maklumat yang jelas mengenai kes berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa  Koya berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan rasmi berhubung perkara itu.
“Kami belum terima apa-apa aduan secara rasmi…jadi kami sedang memerhatikannya, jika benar ada sindiket itu kita akan mulakan siasatan sebab kes berkenaan penjualan kad pengenalan atau kes pengeluaran kad pengenalan palsu bukan satu perkara yang baru.
“Buat masa ini kita belum menerima maklumat secara terus dan kita hanya mendapat maklumat itu melalui laporan berita sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat keatas Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini, dan turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah SPRM Sabah  Sazali Salbi.

TERUSKAN
KEMPEN
BERSIHKAN
MALAYSIA
RAKYAT PAST
SOKONG
-----------

Tiada ulasan: