Ahad, 15 Disember 2019

SAMPAI BILA?







SAMPAI

BILA?

Tun M ulangi janji lepaskan 

jawatan Perdana Menteri 

selepas masalah 

negara diselesaikan


DOHA: Siapa bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia terus mendapat perhatian.

Bukan sahaja media tempatan, malah media antarbangsa turut melontarkan pertanyaan yang sama kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam Forum Doha di Qatar pada Sabtu, wartawan Al-Jazeera, Jamal Elshayyal tidak ketinggalan bertanyakan soalan yang sama kepada Dr Mahathir bilakah peralihan kuasa akan dilaksanakan di Malaysia.

Menurut Dr Mahathir, beliau telah berjanji bahawa perkara itu akan berlaku apabila tiba masanya.

"Saya sudah berjanji untuk melepaskan jawatan apabila saya berjaya menyelesaikan beberapa isu besar yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Saya berjanji ia akan berlaku dan memberi laluan kepada calon yang telah dinamakan oleh gabungan kerajaan," kata Dr Mahathir.

Kata Perdana Menteri, perkara pokok yang perlu dilaksanakan ketika ini adalah memastikan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk menjadi negara maju menjelang 2030.


WOIT

MADEY

HAL

NEGARA

TAK 

PERNAH

SELESAI
KAH KAH
------------

Tiada ulasan: