Khamis, 27 Februari 2020

PASAI APA NI?



WOIT

PASAI APA NI

TAK SELESAI KE?

KALAU BELUM

SELESAI

INI BERAT


Peguam cabar pengampunan Anwar di mahkamah


SEORANG pemimpin parti Putra mengemukakan saman ke atas Anwar Ibrahim dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kerana membebaskan presiden PKR itu dari tahanan penjara pada 2018.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang peguam mengemukakan memfailkan saman tersebut dengan mendakwa pembebasan Anwar bercanggah dengan undang-undang.

Peguam itu juga mendakwa proses persidangan lembaga itu yang membawa kepada pembebasan Anwar itu cacat dan tidak mengikut undang-undang.

Beliau mendakwa pembebasan itu tidak sah kerana kerajaan persekutuan baru berusia dua hari ketika Anwar dibebaskan pada 11 Mei.

“Adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan yang sah dapat bersidang memberikan nasihat kepada (Agong) bagi memberi pengampunan kepada (Anwar),” katanya.

Dalam saman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Khairul juga mendakwa pengampunan penuh ke atas Anwar juga tidak sah kerana peguam negara waktu itu sedang bercuti.

Peguam negara juga sepatutnya membuat surat mewakilkan fungsinya sekira tidak hadir, katanya dalam writ saman yang dilihat The Malaysian Insight.

Malah, menteri wilayah persekutuan juga tidak hadir dalam satu persidangan Lembaga Pengampunan selepas itu, dakwanya.

Selain itu, keputusan membebaskan Anwar juga cacat kerana perlembagaan tidak memperuntukkan “pengampunan penuh”.

Beliau menyatakan demikian dengan membangkitkan peruntukan 42(5) dalam perlembagaan mengenai fungsi dan keanggotaan lembaga tersebut.

Oleh itu, nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membebaskan dan memberi pengampunan kepada Anwar adalah tidak sah dan terbatal, katanya.

Anwar dibebaskan selepas menjalani tahanan penjara selama kira-kira empat tahun, daripada keseluruhan lima tahun selepas disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sabitan itu disahkan Mahkamah Persekutuan pada Oktober 2015. – 26 Februari, 2020.


YANG INI

TAK JELAS

RAKYAT TAK TAHU

KAH KAH KAH

HANYA PEGUAM

PAKAR UNDANG2

BOLEH BERI

PENCERAHAN

KAH KAH KAH

RAKYAT BIASA

EEELEK
KAH KAH KAH

------------

2 ulasan:

jiwa merdeka berkata...

Hambar

Quantum Metal Consultant berkata...

Ini yg anuat tunggu

Depa konspirasi saya
Jadi alat perkakas mahadet