Khamis, 2 April 2020

BAHAYA NAIK MENDADAK



BAHAYA NAIK

MENDADAK



WHO jangka kes Covid-19 di Malaysia memuncak pertengahan April


KES jangkitan Covid-19 di Malaysia dijangka capai kemuncak pada pertengahan bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ketua misi dan wakil WHO ke Malaysia, Brunei serta Singapura, Ying Ru-Lo memberitahu Reuters ia menjangkakan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat wabak itu akan naik mendadak.

Bilangan pesakit kritikal dijangka capai kemuncaknya pada minggu depan, tambah beliau, sambil menambah terdapat tanda-tanda mendatar pada lengkungan jangkitan.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan 2,908 jangkitan Covid-19 dengan 45 kematian.

Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula 18 sehingga 31 Mac. PKP fasa kedua bermula semalam sehingga 14 April.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata fasa pertama PKP menunjukkan tanda positif dalam usaha mengekang dan meratakan lengkung wabak Covid-19.

Menurutnya, walaupun terdapat kes mendadak namun ia disebabkan oleh tindakan Kementerian Kesihatan membuat pengesanan kes secara aktif.

“Kita nampak graf sekarang ini ada tanda-tanda awal, ia dapat dikawal. Jadi, dalam tempoh dua minggu ini, setiap kita perlu memperketatkan amalan-amalan seperti membasuh tangan dan jarakan sosial. 

“Paling penting, ubah tingkah laku dan kita boleh ubah trend ini,” kata Dr Noor Hisham. – 2 April, 2020.


SEMUA AWAS

BERHATI HATI

SAMA INGAT 

MENGINGATI

KAWAN JIRAN

SANAK SAUDARA

AMIN


-----------

Tiada ulasan: