Sabtu, 30 Mei 2020

CARA MADEY MELAWAN





MADEY TUNJUK

CARA BANGUN

MELAWAN


Saya masih Pengerusi Bersatu – Tun M

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau masih lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pemecatannya dari parti itu tidak sah.

Beliau berkata, pengumuman mengenai penggugurannya daripada parti tersebut sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya semalam tidak mengikut perlembagaan parti kerana beliau (Muhammad Suhaimi) telah dipecat lebih awal

“Saya sebagai pengerusi masih lagi memegang jawatan itu dan Marzuki (Yahya) adalah Setiausaha (Agung) parti. Dia masih lagi memegang jawatan berkenaan,” katanya pada sidang di sini hari ini.

Menurut Mahathir lagi, pemecatan beliau menjadi tidak sah kerana pelantikan setiausaha agong baharu yang dilantik oleh  Muhyiddin Yassin tidak dibuat mengikut lunas yang betul.

Ini kerana kata beliau, jika Muhyiddin mahu melantik Setiausaha yang baharu beliau perlu berunding dengannya tetapi perkara itu tidak berlaku sebaliknya dibuat mengikut keputusan sendiri.

“Saya cuma mendapat tahu bahawa jawatan setiausaha itu sudah diberi kepada  Hamzah Zainuddin. Ini dibuat sendiri oleh presiden. Itu yang salah,” ujarnya.

Tambah beliau, Hamzah tidak mempunyai hak sama sekali untuk memegang jawatan dalam parti kerana Bersatu sebelum ini telah membuat keputusan bahawa anggota parti UMNO yang masuk ke dalam Bersatu perlu melalui proses tertentu yang boleh dipersetujui tanpa dibenar mendapat jawatan.

“Dia (Hamzah)  itu datang sebagai ahli biasa dan bila dia datang dari UMNO tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Jadi bila dia jadi setiausaha yang dilantik oleh Muhyiddin ini adalah salah. Banyaklah Muhyiddin buat benda yang salah,” katanya.


JELAS TUNTAS

TANPA PUTAR

CEKIK LEHER

DAN PULAS

KHALAS

Tiada ulasan: