Selasa, 12 Mei 2020

PENYANGAK WUJUD






PEMIMPIN

PENYANGAK

 WUJUD

KERANA SISTEM



Melayu hancur sebab pemimpin penyangak, kata Dr Mahathir


MELAYU tidak akan hancur kerana DAP, kata Dr Mahathir Mohamad, tetapi akan hancur kerana mengangkat penyangak jadi pemimpin.

Dr Mahathir berkata beliau malu apabila ramai orang Melayu percaya mereka akan hancur kerana DAP sedangkan kaum itu bukannya terlalu lemah sehingga boleh rosak akibat sebuah parti politik.

Dalam satu tulisan di blognya, Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai kejayaan orang Melayu dan kerajaan Malaysia yang ditunjangi pemimpin Melayu, sejak melawan Malayan Union sampailah kepada jalan sendiri menangani krisis ekonomi 1997.

“Banyak lagilah peristiwa yang menunjukkan orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

“Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak jadi pemimpin.

“Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu,” katanya.

Tulisan Dr Mahathir hari ini menghuraikan lagi kenyataannya semalam ketika menjelaskan sebab beliau letak jawatan pengerusi Bersatu dan perdana menteri pada 24 Februari lalu.

Katanya, beliau letak jawatan kerana partinya sendiri melawan nasihatnya supaya tidak keluar dari Pakatan Harapan.

Menurut Dr Mahathir, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang juga sekarang perdana menteri, menegaskan kepada Bersatu mesti keluar dari Pakatan kerana jika tidak keluar “pada hari itu juga”, orang Melayu akan dihancurkan oleh DAP.

“Saya malu. Amat malu.

“Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

“DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin,” kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

Selepas keluar dari Pakatan, Muhyiddin bersama ahli Parlimen Bersatu dan bekas PKR yang diketuai Mohamed Azmin Ali membentuk kerajaan di Putrajaya melalui gabungan bersama Umno dan PAS, serta komponen Barisan Nasional dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Gabungan itu dinamakan Perikatan Nasional.

Sejak itu, tiga negeri – Johor, Melaka, dan Perak – beralih pentadbiran diterajui Perikatan. Hari ini, pentadbiran di Kedah juga tumbang selepas dua wakil rakyat PKR keluar parti.

Dr Mahathir tidak setuju dengan langkah politik itu kerana tidak dapat menerima kerjasama dengan pemimpin Umno yang dianggapnya tidak bersih.

Katanya, Umno pada suatu masa dahulu adalah sebuah parti yang yang berjaya memperjuangkan nasib orang Melayu, dengan mengalahkan British, mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara.

“Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 Mei 2018, parti ini kalah,” katanya, merujuk pilihan raya umum ke-14.

“Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin.

“Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri,” katanya.

Umno yang kalah pilihan raya umum 9 Mei 2018 itu kini kembali menganggotai kerajaan dengan beberapa pemimpin kanannya kini dilantik sebagai menteri dalam kabinet Muhyiddin. – 12 Mei, 2020.


SISTEM EKONOMI

INI MELAHIRKAN

PENYANGAK

NAK KUASA

KENA ADA DUIT

NAK DUIT 

KENA ADA KUASA

MAKA TOWKAY

LENDIR

TOWKAY SYABU

DATANG BANTU

TOWKAY BUKAN

DARI PARTI DAP

AKHIRNYA

 MELAYU HANCUR

KHALAS

2 ulasan:

Awanama berkata...

Akhirnya.. walaupun lewat tapi pencerahan tiba jua. Melayu bodo ingat cina India ni macam yakyuj makyuj,keluar dari tanah tak makan tak minum kerjanya nak tokak bontot orang.rupa nya cina India ni makan nasik jugak.juga mengentot membiak.yang nakal ada juga pachucheng dan mengendap.yang konfius ada juga sida,purtan dan sajad.ada yang hina,yang mulia ada juga pendeta.akhirnya akhirnya,manusia semuanya sama.hatta cina,melayu atau India. Membawa tahi dalam perut ke mana mana.

panglimo potaseh berkata...

Tuan Haji Madey cakap betul ..yg Penyangak memang wujud dan Melayu hanchur sebab Penyangak. Satu lagi Tuan Haji, belom ada lagi Penyangak ngaku Penyangak.
Oh yo sayo turut kuar ayermato dongan apo yg bolaku kek Boboi. Den ingat dah topat maso eay Tuan Haji penchen.
Tu botol TIME CAPSULE 2O2O apo cighito ..lobih baik Tuan Haji poey carik copek ..kang kok jumpo dek Abam, den takut Abam nyalah guno botol tu.