Isnin, 18 Mei 2020

STRATIJI BARU LAWAN MUHYIDDIN





STRATIJI BARU

LAWAN 

PERIKATAN


Dr Mahathir, Shafie dan Pakatan kukuhkan agenda lawan Perikatan

MENJELANG sidang Parlimen sehari esok, Dr Mahathir Mohamad menyertai mesyuarat ketua parti Pakatan Harapan bagi mengukuhkan lagi bantahan mereka terhadap kerajaan Muhyiddin Yassin.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal turut hadir mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kini dilantik sebagai ketua pembangkang dan pengerusi PH itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas mesyuarat, tiga ketua parti PH, Dr Mahathir dan Shafie bersetuju yang Muhyiddin kekurangan legitimasi untuk menerajui kerajaan disebabkan kegagalannya menguji sokongan diterimanya daripada ahli Parlimen yang akan bersidang esok.

“Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menegaskan tekad dan meningkatkan usaha mengembalikan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan.

“Ini kerana mesyuarat bersependapat bahawa wujudnya masalah keabsahan (legitimacy) kerajaan yang berlaku akibat kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin menguji sokongan beliau di kalangan ahli-ahli Parlimen di Parlimen pada esok hari,” kata kenyataan itu.

Dr Mahathir menandatangani kenyataan atas kapasitinya selaku pengerusi Bersatu.

Selain Shafie dan Anwar, pemimpin lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Dr Mahathir masih bersama Bersatu walaupun menentang kerajaan Perikatan Nasional diterajui Muhyiddin yang menumbangkan PH pada hujung Februari lalu dengan komplot bersama Umno, PAS dan bekas pemimpin PKR.

Negarawan berusia 94 tahun itu berkata beliau akan duduk di blok pembangkang pada sidang Parlimen esok.

Khabar angin bahawa beliau akan dipecat Bersatu bertiup kencang, walaupun tindakan itu akan menyukarkan kedudukan Muhyiddin kerana akar umbi Bersatu kini terpecah dua- satu kumpulan menyokong Dr Mahathir dan satu lagi menyokong kerajaan PN.

PH dalam kenyataan hari ini juga menegaskan yang kepimpinan Muhyiddin perlu diuji di Parlimen dengan cara membentangkan usul undi tak percaya.

“Kami sebulat suara dan bersatu hati menegaskan bahawa Parlimenlah institusi demokrasi ulung negara yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang berjalan tanpa sekatan, di mana sokongan buat seseorang perdana menteri perlu diuji dan disahkan, serta tempat di mana Rang Undang-Undang dan masalah rakyat perlu dibincang, dibahas dan diputuskan.

Sidang Parlimen esok hanya akan mendengar Titah Diraja dan sebarang pembentangan usul atau perbahasan tidak dibenarkan.

“Kami juga tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar Titah Diraja, serta menegaskan pendirian pembangkang bahawa Parlimen boleh dan mesti bersidang lebih dari apa yang diusahakan kerajaan sekarang demi menyegerakan penyelesaian masalah rakyat,” kata kenyataan lagi.

Selain itu, PH juga mendesak perbahasan pakej rangsangan ekonomi RM260 bilion diperkenal Putrajaya dibuat bagi mendapat kelulusan Parlimen dan memastikan tiada ketirisan berlaku.

“Ahli-ahli parlimen mesti diberi peluang untuk membahaskan pakej rangsangan ini bagi memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat,” katanya. – 17 Mei, 2020.


SETERUSNYA

APA YG AKAN

BERLAKU

TUNGGU LIHAT

AMIN

1 ulasan:

Awanama berkata...

Isham, you are living dangerously. You are playing both sides of the political divide .