Ahad, 19 Julai 2020

BEREBUT KERUSI



BEREBUT KERUSI

GADUH JANGAN

TAK BERGADUH

AMIN

Pas tanding 6 dari 8 kerusi Parlimen di Terengganu

Selain Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas, YAB Samsuri juga merupakan ketua perunding pembahagian kerusi bagi pihak Pas.

Tugas beliau adalah berunding dan menyelaras agihan kerusi-kerusi yang akan ditandingi PRU15 nanti bersama rakan-rakan dalam komponen PN, khususnya Umno dan Bersatu.

Atas kapasiti sebagai ketua perunding agihan kerusi bagi pihak Pas, Dr Sam mengesahkan bahawa Pas akan mempertahankan semua enam kerusi parlimen di Terengganu yang dimenangi dalam PRU14 lepas.
 
Pengesahan tersebut ditegaskan semasa beliau menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Dungun pagi tadi, pengumuman yang disambut laungan takbir oleh hadirin.

Dengan penegasan tersebut, menurut Ketua penyelidik badan pemikir Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim sekarang hanya berbaki dua kerusi untuk ditandingi oleh Umno dan Bersatu di Terengganu, iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Katanya, kedua-dua kerusi tersebut dimenangi oleh Umno dalam PRU14 lepas iaitu Idris Jusoh di Besut dan Rosol Wahid di Hulu Terengganu

Namun kemudiannya Rosol Wahid keluar Umno dan menyertai Bersatu, sekarang bersatus Timbalan Menteri KPDNHEP.

“Adakah Umno Terengganu akan memberi laluan untuk Bersatu bertanding kerusi Hulu Terengganu dan parti keramat itu hanya bertanding satu kerusi di Terengganu iaitu parlimen Besut?

“Inilah yang menariknya politik negeri keropok lekor ini.Terengganu negeri cantik, orang baik2, politiknya menarik,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

GEROMBALAN

DAN LOW BUY

MULA BERGADUH

INI AKAN

MEMBUKA

POLITIK BARU

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Unknown berkata...

yg bergaduh pas, umno & bersatu, tapi gambar pkr pulak.. bukan hanya minda sonsang & takde telor,
berniat jahat & busuk hatj jugak mat KASI ni..