Ahad, 19 Julai 2020

KE MANA MOKHTAR SENIK LEPAS INI ?






 KEMANA 

MOKHTAR SENIK 

LEPAS INI ?





Entah mengapa hati saya semakin gerun melihat lautan luas politik. Ombaknya semakin ganas. Gelombangnya bergulung2. Permusuhan berlaku tiba2 tanpa punca dan sebab. Kebencian meluap2 tanpa dapat dikawal membakar setiap ranting2 ukhuwah. Abu yg sudah menjadi debu itu di injak2 penuh dendam.
Rasanya biarlah saya hanya berkayuh ditepian pantai ini. Mengasuh anak2 mengenal Allah dan Rasul. Memimpin tangan mereka mengenal dunia melalui jendela akhlak dan agama. Mengasuh mereka melihat politik melalui neraca taqwa. Mendidik mereka agar tahu akhirat itu matlamat kita.
Ya..bergelut dlm gelanggang dunia ini sgt memenatkan. Kerana peraturan pertarungan boleh berubah bila2 masa. Hanya org yg Allah berikan kekuatan dan keikhlasan yg mampu berpencak didalamnya dan berjaya. Yg ramainya ialah insan2 yg kecundang. Ngeri hati menyaksikannya. Hari ini aku teman kerana inginkan sokongan dan pertolongan ku. Esok aku musuhmu kerana engkau bimbang aku mengambil apa2 dari milik mu.
Mencari kejujuran dlm gelombang ini bagai mencari sekuntum bunga mekar ditengah sahara yg gersang. Kini saya faham mengapa sesetengah org2 berilmu yg soleh pergi jauh kepedalaman. Mengisi perut dari hasil tangan kananya dan hidup sederhana disamping menjaga hatinya agar tidak lalai dengan tuhannya. Tidak pernah ingin merebut apa yg ada ditangan org dan bahkan sentiasa memberi apa yg ada ditangannya.
Pernah juga sya terfikir untuk membuka peluang kepada siapa sahaja dikalangan anak2 remaja dan pemuda, marilah kita berkampung disini. Semuanya percuma. Kita sama2 makan apa yg ada. Jika tiada kita sama2 berpuasa. Kita habiskan masa dengan ibadah,zikir,selawat dan mentalaah kitab2 thuras yg ditinggalkan oleh ulamak silam.
Begitukah kita?...
UMS
Pondok An Nuur.
16. Julai.2020


  • Saya Ruru Itu yg sebaiknya ust... Jiwa tenang dlm mencari redha Allah... Melawan gelombang dan arus duniawi yg ganas ni, kdg2 kita perlu berundur...
    1
  • Shahrul Munir Semoga Allah beri kekuatan kpd ustaz utk terus istiqamah dlm perjuangan. Musuh2 Allah sentiasa mencari jalan menggagalkan jihad tentera muslimin. In shaa Allah, kemenangan spt janjiNya akan tiba jua..
    1
  • Abdullah Mha Allahuakbar..
    2
  • Pok Jak Pok Jak Allahuakhbar
    1
  • Didi Damanhur Kubri Allah....rindunye zaman blajo dulu...
    1
  • Abu Basyir Gitulah ust yg berlaku
    1
  • Wan Razali Berundur sambil memberi laluan kpd bukan ahli adalah lebih memudharatkan.
    Itulah pesanan yang diberi kpd kami . Semoga ustaz terus bersama memimpin , menulis dan memberi peringatan buat semua .
  • Kamalulhysham Mohd Suhut touching ustaz.pernah rasa mcm tu ums
  • محمد زيني محمود Teruskan perjuangan MokhtarDup
  • Abu Yasin Yasin Lagi baik
    1

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mokhtar senik mahu kesyurga jumpa bidadari kah?
Kalau kail panjang 4inch jangan lautan hendak diduga.

Isyarat dihantar pimpinan politik kepada Mokhtar jelas,
pandai makan pandai simpan. kahkahkah