Ahad, 19 Julai 2020

LARI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM




LARI LARI

BUKAN LARI DARI

PKR TAPI

LARI DARI

ANWAR IBRAHIM

3,000 ahli PKR Pitas 

umum keluar parti

SEORANG pemimpin kanan PKR Sabah hari ini mengumumkan beliau bersama 3,125 ahli daripada Cabang Pitas mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Naib Ketua Cabang PKR Kudat Rudy Awah yang mengetuai kumpulan ahli PKR itu mendakwa mereka mengambil keputusan untuk keluar secara beramai-ramai selepas melihat berlaku ketidaktentuan hala tuju parti terutama melibatkan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.

“Kami sebulat suara mengumumkan keluar parti. Hampir dua tahun menjalankan tugas sebagai  Penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) Pitas. Ahli-ahli yang telah dibawa masuk (ke dalam PKR sebelum ini) iaitu seramai 3,125 orang akan keluar parti bersama-sama (hari ini),” katanya dalam sidang media.

Sementara itu, Rudy berkata beliau dan ahli yang bertindak keluar parti pada hari ini juga mengumumkan pendirian mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) di Sabah.

“Kami akan menyokong penuh PN dan juga kepimpinan  Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya. 

Beliau yang juga bekas Pengerusi Biro Latihan dan Jentera Parti MPN PKR Sabah berkata mereka selepas ini akan menggunakan platform Persatuan Jiwa Anak Pitas untuk meneruskan perjuangan sekali gus berkhidmat untuk masyarakat setempat. – Bernama, 18 Julai, 2020. 

KAH KAH KAH

YA ASAL 

BALIK USUL

PKR JADI

PARTI NAK

ANGKAT ANWAR

JADI PM

KAH KAH KAH

5 ulasan:

Unknown berkata...

org pkr selalu cakap keluar 1 masuk 10, klu 3000 keluar maknanye minggu depan 300,000 akan masuk...

Unknown berkata...

pkr anwar cerah masa depan.....

Unknown berkata...

Hahaha,tanyalah org Pitas pasal org itu. Dia pun baru setahun masuk PKR dan dilantik oleh geng si Kitol pegang jawatan dlm parti. Sebelum PRU14 dia ke hulu ke hilir berkempen nak jadi calun umno, tapi umno tak pilih sbb dia tiada pun pengaruh dlm kawasan DUN N3. Nak rebut jawatan ketua pemuda umno P165 pun tak pernah menang lawan Hj Guraman.

Unknown berkata...

Apa yang dihairankan.. memang begitulah stail orang sekarang yang labih mementingkan diri berbanding masayarakat

Unknown berkata...

Yang lari tak tahan kerana amanah dan ketelusan...