Isnin, 20 Julai 2020

RASUAH BANDINGAN







RASUAH HANYA

17,920 RINGGIT

KENA 5 TAHUN

BANYANGKAN

NAJIB KU NAN

AZEEZ DAN ZAHID

REMBAT BERJUTA

BERAPA TAHUN

AKAN DI PENJARA

Bekas kakitangan UMT

dipenjara lima tahun, 

denda RM89,600 

kerana rasuah



KUALA TERENGGANU: Seorang bekas kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM89,600 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah menerima rasuah dua tahun lepas.

Hakim Jamaluddin Mat menjatuhkan hukuman itu ke atas Fazrul En Hassan, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, yang merupakan bekas penolong kanan pendaftar Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) universiti terbabit menjalani hukuman penjara selama setahun lagi jika gagal membayar denda.

Fazrul didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada Syarikat Bari Bina Enterprise bagi kerja-kerja pembekalan 14 set kerusi dan meja simen berjumlah RM17,920.

Dia melakukan kesalahan itu di PPSA pada 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad.-- BERNAMA

KITA NANTI

DAN LIHAT

APAKAH ADA

KEADILAN DALAM

KERAJAAN 

MUHYIDDIN ATAU

HANYA 

PUTAR ALAM

AMIN

3 ulasan:

Isaac berkata...

PN kerajaan Putar Negara...

yeop_sepet berkata...

Kalu najib terlepas camne,gua yakin malikul sembab lepaskan. Kalu najib sabit,kene gugurkan sekor MP,ilang majoriti.malikul sembab xkan mau punyer

Tanpa Nama berkata...

mari kita cabar kejantanan siapa yg terserlah 28 nie... sembang integriti ka.. sembang kari...