Jumaat, 14 Ogos 2020

BUDAYA LAWAN RASUAH






SEMAI SOKONG

BUDAYA BUAT

KLIP VIDEO

TENTANG

SALAH LAKU

RASUAH

KEMUDIAN 

VIRALKAN

AMIN


Semai budaya integriti penguatkuasa dan penjawat awam


INTEGRITI penting untuk dihayati oleh semua pihak terutamanya mereka yang memikul amanah dan menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan, kebajikan dan keselamatan orang awam dalam negara kita seperti penguatkuasa dan penjawat awam.

Sebarang perbuatan atau tindakan pecah amanah, salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan lain-lain yang dilakukan dalam kalangan mana-mana pihak penguatkuasa dan penjawat awam akan membawa impak negatif yang besar kepada masyarakat dan reputasi negara kita. 

Adalah penting supaya semua penguatkuasa dan penjawat awam yang ada dalam negara kita memastikan diri mereka sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang salah laku yang boleh impak besar terhadap semua institusi yang ada dalam negara. Peranan penguatkuasa dan penjawat awam adalah penting supaya segala dasar yang dirangka oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Negara kita memerlukan pihak penguatkuasa dan penjawat awam yang mempunyai integriti yang tinggi serta mantap bagi membenteras segala kegiatan dan aktiviti jenayah yang ada dalam negara kita, melindungi rakyat daripada bahaya dan memajukan negara. 

Sebarang isu yang membabit salah saku dalam kalangan pihak penguatkuasa atau penjawat awam perlu dipandang dengan serius, disiasat dengan segera serta diambil tindakan dengan sewajarnya. Tidak boleh wujud sebarang kompromi dalam perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan awam dan imej semua pihak yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.


BUKAN SAJE

VIRAL

BUAT LAPORN

PADA POLIS

PADA YB

PADA  MENTERI

BIAR 

SEMUA TAU

AMIN

Tiada ulasan: