Isnin, 15 Februari 2021

PELIK PELIK PELIK





 PELIK PELIK

PASAI APA

BIK MAMA

TAK SUKA

SRI RAM

KAH KAH KAH

ISTERI BIK MAMA

PUN TAK SUKA

SRI RAM

KAH KAH KAH

APA RAHSIA 

SRI RAM

KAH KAH KAH

RAM RAM RAM

RAM RAM RAM

KAH KAH KAH



Rayuan Rosmah berhubung pelantikan Sri Ram didengar 8 April

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 8 April ini bagi mendengar rayuan Rosmah Mansor berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuahnya.

Peguam beliau Akberdin Abdul Kader mengesahkan tarikh itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pengurusan kes untuk rayuan itu dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Darmafikri Abu Adam pada 8 Februari lalu.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan berkata isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu tidak mengemukakan sebarang justifikasi untuk beliau memperoleh surat pelantikan tersebut.

Rosmah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah yang dihadapinya berhubung pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah berdepan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima RM6.5 juta suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu.

Rasuah itu didakwa diterima menerusi bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis ini untuk memutuskan sama ada memanggil Rosmah membela diri atau melepaskan beliau daripada kesemua tiga pertuduhan tersebut. – Bernama, 15 Februari, 2021. 

 NAMA SRI RAM

INI MACAM

NAMA BOLEH

LAWAN BOMOH

KERALA

KAH KAH KAH

RAM RAM RAM

RAM RAM RAM

INI KUASA KUAT

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: