Jumaat, 9 April 2021

BERSATU AKAN HAPUS ?

 

BERSATU AKAN

DIHAPUS 

OLEH UMNO? 

AMIN 

BERAT BERSATU

MEMIKUL 

BIAWAK HIDUP

KHALAS



Umno tidak perlukan Bersatu, kata Nur Jazlan

UMNO tidak boleh bekerjasama dengan bersatu dan gabungan Perikatan National (PN) kerana mereka beban untuk kita, kata Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan pengerusi Umno Johor itu berkata secara realitinya Umno tidak perlukan Bersatu, tetapi Bersatu yang perlukan Umno untuk bertahan dalam arena politik.

“Apa yang saya cakap selama ini ialah Umno tidak boleh bersama PN kerana kita yang bawa mereka.

“Seperti pepatah Melayu, ‘seperti memikul biawak hidup’,” kata bekas ahli Parlimen Pulai itu kepada The Malaysian Insight.

Pada 28 Mac, perwakilan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengundi untuk memutuskan ikatan dengan Bersatu dan kepimpinan menarik diri daripada kerajaan PN bila sesuai masanya.

Nur Jazlan berkata Bersatu akan memerlukan Umno, yang mempunyai jumlah kerusi besar dan kuat selama berdekad.

Bagaimanapun, katanya kerjasama itu tidak akan berlaku, sebagai menghormati resolusi yang diluluskan pada PAU.

“Umno ada kerusi yang banyak, kita kuat selama berdekad, kita ada prinsip dan perjuangan. Bolehkah ia bercampur dengan Bersatu? Tidak boleh.

“Bersatu perlukan Umno. Kita tidak perlukan mereka.

“Lebih pun, kebanyakan bahagian dan cawangan Umno tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri itu berkata Bersatu dijangka terkubur pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mengira berapa banyak parti yang ditariknya, menambah parti itu tidak ada masa depan memegang penggal yang lama.

“Jika kita tarik diri, Bersatu akan runtuh tidak kira berapa banyak parti yang mereka kumpul.

“Malah jika MIC dan MCA rasa mereka boleh sertai PN, saya fikir jauh di sudut hati mereka, mereka tahu mereka perlukan Umno untuk bawa mereka,” katanya.

Komen dibuat Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan menteri kanan Ismail Sabri Yaakob berkenaan ketidakstabilan kerajaan PN baru-baru ini, menambah lagi kemungkinan pilihan raya umum semakin hampir.

Apa yang belum selesai pada masa ini ialah rundingan kerusi dalam PN, yang terdiri daripada Bersatu (35), BN (42), PAS (18), Gabungan Parti Sarawak (18) dan empat wakil rakyat bebas Sabah.

Walaupun kerajaan diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, tujuh daripada 32 kerusi Parlmen dimenangi ketika bersama Pakatan Harapan pada 2018.

Sebanyak 25 kerusi lagi terdiri daripada mereka yang keluar parti, iaitu Umno (15) dan 10 daripada wakil rakyat yang keluar PKR dan mengikut Mohamed Azmin Ali.

Nur Jazlan berkata PAS sendiri tidak akan mampu memberikan keyakinan kemenangan kerusi yang banyak untuk Bersatu.

“Kebanyakan orang tahu PAS kuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Mereka boleh cederakan kita tetapi kita juga boleh cederakan mereka,” kata Nur Jazlan, menambah PAS tidak akan menjadi cabaran kepada Umno di tempat lain. – 9 April, 2021.

BOLEHKAH

BERSATU 

BERTAHAN?

AMIN

BERAPA LAMA

BERTAHAN ?

AMIN

ATAU TAMAT

RIWAYAT LEPAS

PRU15

KHALAS



Tiada ulasan: