Khamis, 27 Mei 2021

ADA PEMBELOTAN

 




SELAMATKAN

DIRI

KAH KAH KAH

JADI KENG

KAH KAH KAH

BUAT APA

SUSAH PAYAH

KAH KAH KAH

NAJIB AKA MASUK

KAH KAH KAH



Lembaga pengarah 1MDB terbabit 'sandiwara' dana luar negara milik Umno

BEKAS ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ahli lembaga pengarah syarikat itu terlibat sama dalam “sandiwara” untuk tidak memasukkan dalam laporan rasmi bahawa dana 1MDB di luar negara adalah milik Umno.

 Mohd Hazem Abd Rahman, saksi pendakwa ke-10 berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam mewakili Najib Razak, Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Ketika ditanya sebab beliau tidak memasukkan dalam rekod semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 27 Februari, 2014 dana yang ada di luar negara itu milik Umno,  Hazem, 49, berkata “itu merupakan rancangan jahat dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam rekod.”

Wan Aizuddin: Kamu mendakwa konspirasi ini disertai oleh semua ahli lembaga pengarah?

Hazem: Ya

Wan Aizuddin: Kamu katakan apa yang dilaporkan dalam minit mesyuarat itu hanya sekadar lakonan?

Hazem: Mereka tahu apa yang menjadi taruhan.

Wan Aizuddin: Jadi, apa yang kamu katakan ialah apa juga yang dicatat dalam minit mesyuarat lembaga pengarah (untuk membawa pulang dana dari luar negara) itu hanya sekadar cakap. Adakah kamu kata semua itu satu sandiwara besar?

Hazem: Ya

Saksi  itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tidak ada satu sen pun wang yang dibawa balik dari luar negara tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank Umno.

Hazem juga bersetuju dengan cadangan peguam beliau tidak pernah mendengar daripada mulut Najib bahawa dana itu kepunyaan Umno, namun hanya berasaskan pada kenyataan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, allahyarham Azlin Alias.

Beliau berkata berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, pemegang taruh syarikat (Najib) sememangnya berhasrat untuk membawa balik wang di luar negara itu ke Malaysia.

Pada 6 Januari lepas, Hazem memberi keterangan 1MDB ditubuhkan bagi faedah Umno dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Jho Low.

Najib, 67, yang menjalani pembedahan mata minggu lepas, dilihat duduk di dalam kandang tertuduh dengan berkaca mata hitam.

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta  21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 27 Mei, 2021.

JELAS

CHINA MERAH

BANTU NAJIB

AMIN

PILIHARA

JO LOW

SEBAGAI

KUEH PAU

KHALAS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

membayar utang 1mdb disaat covid bermaharajalela..kahkahkahkah...ini pandangan jangka pendek bukan pandangan jauh kehadapan.

Tanpa Nama berkata...

So, mngikot teori hang... Jolow tu kturonan Cina jdi dia brpakatlh dgn ngara China... Oookaayhh... Jadi, mkna kata.. Najib tu kturonan melayu Minang Majapahit makanya Indonesia pn trlibat samalah? Hadoihhh... Berapo siJemin bayaq kt hang sbulan? Teori propa hang dh ke laut nmpknya... Kahkahkah