Ahad, 30 Mei 2021

PI KAY PI EMPAT

 




PI K PI 4

Hanya perkhidmatan


 perlu dibenar


 beroperasi, 


kata Ismail Sabri

SEMUA aktiviti perkilangan selain daripada yang terlibat dengan perkhidmatan perlu, akan dilarang beroperasi di bawah pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa, kata Ismail Sabri Yaakob.

Antara sektor yang dibenarkan beroperasi termasuk pembuatan, pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, komoditi, pembinaan, perdagangan dan pengedaran.

Bagaimanapun hanya 12 perkhidmatan di bawah sektor pembuatan dibenarkan beroperasi iaitu:

1. Aeroangkasa
2. Makanan dan minuman
3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya
berkaitan bahan makanan dan kesihatan
4. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan
pencuci
5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
termasuk penokok diet
6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri
(PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan
keselamatan kebakaran
7. Komponen bagi peranti perubatan
8. Elektrikal dan Elektronik
9. Minyak dan gas termasuk petrokimia
dan produk petrokimia
10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan
makanan sahaja
11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan,
pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir


“Perkhidmatan pembuatan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada had 60% kehadiran staf ke premis,” katanya.

Bagi tujuan ekonomi, menteri kanan itu berkata sebanyak 17 perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi termasuk pengeluaran makanan, perkhidmatan kesihatan termasuk kedai haiwan, perkhidmatan air, tenaga, keselamatan, pengangkutan, komunikasi dan teknologi maklumat.

Selain itu katanya perkhidmatan hotel juga dibenarkan dengan tujuan kuarantin serta perkhidmatan perhutanan (penguatkuasaan sahaja) dan penghantaran logistik untuk perkhidmatan perlu.

Beliau berkata semua pusat beli belah akan ditutup kecuali bahagian pasar raya.

Ismail Sabri berkata  semua sektor ekonomi yang berkaitan dengan perkhidmatan perlu boleh beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam kecuali bagi beberapa perkhidmatan tertentu.

Katanya pasar harian boleh beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang manakala Pasar Segar Terkawal (PST) bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Bagi Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), operasi dibenarkan bermula dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang.

Operasi pasar borong pula bermula 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang.

“Stesen minyak boleh beroperasi dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam,” kata Ismail Sabri. – 30 Mei, 2021.


KITA

JAGA

KITA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahu tak, kalau ada ubat yg mujarab, tak perlu dinaikkan taraf kecemasan dan menyebabkan farmabesar menyelinap masuk dengan vaksin separuh masak mereka yg sedang menyebabkan berbagai masalah kesihatan yg teruk kepada orang di tempat lain yg telah ambil suntikan tersebut...kita saja macam tetikus, teria-ia berlumba-lumba nak vaksin tapi tak sedar kesan sampingan yg semakin meningkat jumlahnya...nak kena jugak? Yg teruk ajal...itu ok, terus go...jgn yg tak go tapi terpaksa jadi bangkai hidup!