Sabtu, 19 Jun 2021

APA MAKNA BERITA INI ? ADAKAH AGONG MURKA?

 

ULANG SEKALI

LAGI 

AMIN

BUKAN MURKA

KAH KAH KAH

HANYA UNTUK 

MAT BEBAL

YANG MASIH

TAK FAHAM

APA KEPUTUSAN

KEKANDA ANDINDA

AMIN

ITU SAJA 

 JANGAN SILAP 

BACA

KAH KAH KAH


Istana muat naik semula hantaran 'Parlimen perlu diadakan secepat mungkin'

HANTARAN mengenai titah Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen bersidang semula yang diturunkan awal hari ini telah dinaikkan semula di Facebook dan Instagram Istana Negara.

Bagaimanapun, hantaran terbaharu ini dimuat naik dengan nota kaki mengatakan ia adalah petikan kenyataan Istana Negara pada 16 Jun lalu.

Awal hari ini, hantaran itu dipadamkan beberapa minit setelah dimuat naik kerana ia adalah “hantaran lama”, kata pegawai Istana Negara.

Tetapi ramai yang sempat melihat hantaran sebelum ini percaya ia adalah kenyataan terbaharu.

Dalam hantaran awal hari ini memetik titah Yang di-Pertuan Agong agar “Parlimen perlu diadakan secepat mungkin” dengan huruf tebal.

Namun, dalam hantaran terbaharu ini, ayat “Parlimen perlu diadakan secepat mungkin” tidak ditebalkan.

Hantaran itu mencetuskan kekecohan di media sosial selepas Agong pada Rabu menekankan keperluan untuk Parlimen bersidang.

Agong selepas mempengerusikan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan bertitah Dewan Rakyat perlu bersidang dan membahaskan tentang pandemik Covid-19 secepat mungkin.

Raja-Raja Melayu turut membuat gesaan sama dalam kenyataan berasingan. Raja-Raja Melayu juga berpandangan darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Di bawah Peraturan Mesyuarat 11(1) dan (2), persidangan pertama setiap sesi akan ditetapkan oleh Agong tetapi tarikh persidangan untuk sesi berikutnya akan diputuskan oleh ketua dewan (perdana menteri) dengan notis sekurang-kurangnya 28 hari.

Peraturan Mesyuarat 11(3) membenarkan speaker menetapkan tarikh persidangan lebih awal demi kepentingan awam. Agenda mesyuarat bagaimanapun akan ditetapkan oleh perdana menteri.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara kali terakhir bersidang pada 14 dan 28 Disember. – 18 Jun, 2021.

HURUF TEBAL

KHUSUS

UNTUK 

MAT BEBAL

ITU SAJA 

AMIN  

MUNGKIN ADA

 YANG TAK NAMPAK DENGAN JELAS

AMIN



2 ulasan:

jiwa merdeka berkata...

Bila boss kau bgtau A.S.A.P .. ko paham bole tangguh 3-4 bulan lagi.. x pon sampai kiamat.. 😂🤣😅

jiwa merdeka berkata...

Bila ko jadi boss.. ko bgataw dah bagi sardin x kan nk mintak ayam.. walaupun sardin tu kucing tepi jalan pon x nak makan.. 😅🤣😂