Sabtu, 19 Jun 2021

LAGI BAHASA SUSAH NAK FAHAM

 

ORDINAN ORDINAN

MAK CIK FELDA

TAK FAHAM

AMIN

NAK LAWAN RAJA

ATAU

NAK IKUT TITAH

RAJA

AMIN

INI MAK CIK

PAK CIK FELDA 

FAHAM

KHALAS



Agong berkuasa panggil Parlimen bersidang bila-bila masa, kata Zahid

YANG di-Pertuan Agong berkuasa memanggil Parlimen untuk bersidang pada bila-bila masa, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memetik Seksyen 14 Ordinan Darurat yang membolehkan Parlimen dipanggil, diprorog dan dibubar pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Agong.

Tambahnya, Seksyen 15 Ordinan Darurat pula memperuntukkan Agong boleh memanggil, memprorog dan membubar DUN selepas berunding dengan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.

“Secara umum kesemua pandangan itu mengilhamkan resolusi Yang di-Pertuan Agong sememangnya boleh memanggil sidang Parlimen diadakan pada bila-bila masa,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya Agong boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.

Dan dalam keadaan apabila Ordinan Darurat dikuatkuasa sehingga sidang Parlimen digantung dan ia mengatasi Perlembagaan, maka Agong boleh mengarahkan Parlimen bersidang tanpa nasihat perdana menteri.

“Ini kerana apabila Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai, maka Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Kabinet juga tidak terpakai.

“Pandangan-pandangan itu malah dilihat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 bahawa sidang Parlimen boleh diadakan sepanjang tempoh Darurat.

“Pandangan-pandangan terbabit juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu supaya Parlimen kembali bersidang secepat mungkin,” kata Zahid merujuk kepada titah diraja pada 16 Jun lalu yang menasihati Parlimen untuk bersidang segera bagi membincangkan tindak balas negara dalam perang melawan Covid-19.

Majlis Raja-Raja turut berpandangan sama dalam kenyataan berasingan dan menambah yang darurat tidak akan dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Selepas titah Agong dan Majlis Raja-Raja itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata ia tidak memperincikan tarikh atau tempoh bilakah Parlimen patut dibuka semula.

Susulan itu, polis mengesahkan yang siasatan sudah dibuka terhadap Takiyuddin atas dakwaan melakukan hasutan dan mempersenda Agong.  – 19 Jun, 2021.

POLITIKUS

MASIH 

BUAT KACAU

AMIN

KOBID MENYERANG

AMIN

POLITIKUS CAKAP

BAHASA RAKYAT

TAK FAHAM

AMIN

AGONG BERTITAH 

BUKA PARLIMEN

AMIN

NAK IKUT 

CAKAP AGONG

ATAU 

TAK NAK IKUT 

CAKAP AGONG

AMIN

ITU SAHAJA 

AMIN

TAK PERLU 

DINAN DINAN 

 TAK PERLU

 DING DONG 

DING DONG

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Komidi takyah susah susah, dewata raya tahu kuasa sakti yang dia ada, engkau takyah sibuk sibuk, engkau urus kes engkau dulu, dunia semakin kacau kalau tong sampah buka mulut, penuh bau sampah, tak kira lah sapa, politik apa engkau orang, atok kah abam kah engkau kah hisapudin semua sama kategori sampah masyarakat, bukan nak bantu pon, nak merosak pasal komisen, vaksi pon sengaja delay dalik nak komisen apa kan projek lain lagi kah kah semua nak buat untung poket hangpa bila boleh penuh, geng hangpa dah curik billion duit negara sejak merdeka tak ada seekor pun tampil derma vaksin semua nak kaut lagi hamper pi mampooosss lah komidi benci de indon kah kah kah