Sabtu, 19 Jun 2021

ORDINAN SEKSYEN DALIL - APA KE JADAH SEMUA INI

 

ORDINAN BUKAN

ADIK  ADNAN

KAH KAH KAH

DALIL BUKAN

ABANG PD JALIL

KAH KAH KAH

SEKSYEN  INI

KAWASAN 

TAMAN KE?

KAH KAH KAH



Titah Agong arah speaker adakan sidang, kata peguam


YANG di-Pertuan Agong sudahpun mempunyai kuasa mutlak untuk memanggil sidang Parlimen pada waktu darurat berkuatkuasa tanpa memerlukan nasihat kerajaan, kata peguam Haniff Khatri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecelaruan yang timbul apabila muncul pandangan yang mencampur-aduk kuasa cabang legislatif dan eksekutif sewaktu penguatkuasaan darurat.

Sedangkan, Agong sememangnya berkuasa mutlak untuk bertindak secara bersendirian tanpa memerlukan nasihat daripada perdana menteri pada waktu ini, kata Haniff.

Jelasnya, Perkara 40 dalam perlembagaan menetapkan kerajaan atau perdana menteri perlu menasihati baginda sekiranya dalam keadaan yang memerlukan.

“Tetapi itu kuasa eksekutif untuk menasihati (Agong) di luar daripada darurat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, kuasa tersebut melibatkan Seksyen 14(1) dalam Ordinan Darurat yang menggantung segala peruntukan untuk panggilan, prorog atau pembubaran Parlimen.

“Maka cara biasa untuk panggil Dewan Rakyat (bersidang), kerajaan menasihat bawah Perkara 40. Panggilan adalah bawah Perkara 55. Semuanya digantung,” katanya.

Peruntukan sama, Seksyen 14 (2) dalam Ordinan Darurat juga menyatakan mengenai kepuasan hati Agong atau kuasa untuk menentukan tarikh sesuai bagi Parlimen bersidang, katanya.

Maka, titah baginda pada Selasa lalu supaya Parlimen bersidang seberapa segera sudahpun menjadi arahan untuk Dewan Rakyat bersidang, kata Haniff.

“Di situlah, Yang di-Pertuan Agong dengan sendirinya melalui titah 16 Jun boleh diterima oleh Dewan Rakyat atau speaker Dewan rakyat sebagai suatu permintaan, arahan, titah untuk memanggil parlimen,” katanya.

Tambah beliau, Ordinan Darurat juga menggantung tanggungjawab perdana menteri untuk mengeluarkan notis 28 hari untuk membolehkan Dewan Rakyat bersidang.

Ia berdasarkan peruntukan ordinan pertama Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwarta pada 14 Januari, jelas Haniff.

“Begitu juga segala pengeluaran notis 28 hari atau sebagainya bawah peraturan Dewan Rakyat, juga secara tidak langsung di bawah Seksyen 14 (1) Ordinan 1 telah digantung kesannya.

“Tidak perlupun untuk mematuhi perkara tersebut terutamanya dalam keadaan darurat, dalam keadaan kecemasan,” katanya.

Haniff seterusnya menyimpulkan bahawa titah baginda tersebut hanyalah bahasa lunak dan penuh hormat agar perdana menteri menasihati baginda mengenai persidangan semula Dewan Rakyat.

“Jadi bagi saya, untuk perkara ini memangil Dewan Rakyat pun baginda tuanku dengan penuh hormat dan mengikut adat dan bahasa Melayu telah meminta perdana menteri menasihat.

“Pada hakikatnya dalam keadaan darurat, tidak ada perlunya baginda tuanku menunggu perdana menteri menasihatinya,” katanya.

Beliau mengulas komentar yang muncul selepas baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Parlimen perlu bersidang seberapa segera.

Kenyataan Istana Negara menyebut, Seri Paduka Baginda berpandangan Parlimen perlu bersidang “secepat mungkin”.

“Ini untuk membolehkan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat,” kenyataan itu dipetik.

Selepas baginda menitahkan demikian pada Selasa, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kemudian mengumumkan Parlimen hanya akan bersidang semula pada September atau Oktober.

Pengumuman itu menimbulkan kritikan banyak pihak yang antara lain melihat Muhyiddin melakukan penderhakaan kerana masih terus menghalang sidang Parlimen diadakan segera.

Di pihak kerajaan, tindakan Muhyiddin antara lain dipertahan menteri hal ehwal undang-undang Takiyuddin Hassan yang berkata, Agong tidak menetapkan masa khusus bagi Parlimen bersidang.

Dalilnya, peruntukan Perkara 55 dalam perlembagaan menetapkan perdana menteri bertanggungjawab untuk menasihati baginda dalam melaksana persidangan Parlimen, kata beliau.

Peruntukan Seksyen 14 (1)(a) dalam Ordinan Darurat menyebut, kuasa memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam perlembagaan tidak berkesan sepanjang penguatkuasaan darurat.

Seksyen 14 (1)(b) pula menetapkan, dalam tempoh darurat, Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seksyen 14(2) seterusnya menetapkan mana-mana mesyuarat Parlimen terbatal jika dipanggil sebelum tarikh permulaan kuatkuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan. – 18 Jun, 2021. 


PEGUAM NI

CAKAP PELIK

KAH KAH KAH

CAKAP TERANG

TERANG

KAH A KAH KAH

CAKAP JELAS 

JELAS 

KAH KAH KAH

NAK LAWAN RAJA

ATAU 

NAK IKUT

TITAH  RAJA

KAH KAH KAH

KHALAS




1 ulasan:

capt salai berkata...

Apa susah sgt ni..pegi la jumpa agong atau pukul talipon bilo tuanku nak soh buka palimen..cer tuanku bagi tarikh dio orang ni bebal tak paham..tetibo luruih macam orang kita yg sesuku ngn tt