Rabu, 30 Jun 2021

IKUT AGONG ATAU LAWAN AGONG

 


PEKARA INI

BUKAN SUSAH

AMIN

SAP SAP SUI

KHALAS



Agong bertitah sekali lagi, Parlimen perlu bersidang segera, kata Istana Negara

YANG di-Pertuan Agong sekali lagi memberi pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin bagi membolehkan perisytiharan darurat dan ordinan darurat dapat dibentangkan mengikut Perlembagaan, kata Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan pandangannya semasa menerima mengadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertuan Dewan Negara Rais Yatim hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan dikeluarkan selepas majlis mengadap di Istana Negara pagi tadi.

Majlis mengadap selama sejam itu turut disertai dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnoon dan Azalina Othman Said, serta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad.

Istana Negara juga memaklumkan Al-Sultan Abdullah berpandangan semua jawatankuasa pilihan Parlimen ke-14 perlu terus bermesyuarat untuk menjalankan peranan semak dan imbangnya. 

Titah nasihat Al-Sultan Abdullah ini mengulangi titah sama pada 16 Mei lalu selepas perbincangan khas baginda dengan Raja-Raja Melayu mengenai keadaan semasa negara di tengah krisis Covid-19

Ketika itu, Raja-Raja Melayu menyokong titah Al-Sultan Abdullah agar Parlimen bersidang segera, malah menitahkan perkara sama untuk dewan-dewan undangan negeri.

Ahmad Fadil menjelaskan pandangan dan seruan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu itu adalah tindakan mereka “sebagai Raja Berperlembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.”

Sebaik keluar dari Istana Negara, Abdul Rashid membayangkan kepada wartawan Parlimen akan bersidang segera.

Katanya, pertemuan pihak Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini adalah untuk berbincang mengenai kuasa Parlimen.

“Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Seri Paduka. 

“Alhamdulillah, jadi kita akan hargai atas kuasa Agong semasa darurat.

“Jadi InsyaAllah apa yang dititahkan dalam ruang lingkup untuk… juga melalui nasihat daripada Perdana Menteri, untuk kita membuka Parlimen sebagaimana yang dicadangkan dan dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

“InsyaAllah, we will see you (kita jumpa tak lama lagi) untuk kita buka Parlimen sama ada biasa ataupun hibrid,” katanya.

Azhar dan Rais dalam satu kenyataan bersama pada 25 Jun berkata sidang Parlimen dijangka akan diadakan pada hujung Ogos atau awal September secara hibrid.

Satu sidang khas bagaimanapun perlu diadakan pada awal Ogos untuk meminda peraturan sedia ada serta menetapkan peraturan yang perlu bagi membolehkan mesyuarat berjalan secara dalam talian, kata mereka.

Pakar undang-undang sebelum ini berbeza pandangan mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil persidangan Parlimen, sama ada boleh bertindak sendiri mengikut kuasa darurat atau perlu menunggu nasihat Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Negara Idrus Harun minggu lalu berkata kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen adalah atas nasihat Perdana Menteri, mengikut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan. – 29 Jun, 2021

IKUT AGONG 

ATAU

LAWAN AGONG

AMIN

TAK PERLU

FATWA FATWI

AMIN

TAK PERLU

TAFSIR TAFSIR

KHALAS



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Teros terang gwa royak gwa tak berani lawang Agong ..Agong polindong orang Melayu ..tak do Agong habih lah kito ..ampoong tuang ku ..gwa cakap betol ..ampoong tuang ku ..sembah patek sujud gesel dahi hinggo ko lantai ..