Isnin, 7 Jun 2021

WAJIB SOKONG

 


WAJIB SOKONG

JIKA INI

MENUJU KE ARAH

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN 


Agong terima menghadap pemimpin parti minggu ini, kata sumber

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka menerima menghadap para pemimpin parti politik mulai Rabu ini, kata sumber.

“Pertemuan bagaimanapun hanya terhad kepada parti politik yang mendaftar,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insight.

Sumber berkata Dr Mahathir Mohamad dari Pejuang dan Syed Saddiq Abdul Rahman dari Muda bagaimanapun tidak akan menyertai pertemuan berkenaan.

Sumber itu juga tidak mendedahkan agenda pertemuan tersebut.


Sementara itu, satu lagi sumber dari jawatankuasa penaja Muda mengesahkan mereka tidak menyertai pertemuan itu.

Awal hari ini, portal berita dikendalikan parti Amanah, Malaysia Dateline melaporkan Agong akan menerima menghadap pemimpin parti bermula Rabu hingga Jumaat ini.

“Pertemuan bagi membincangkan bagaimana membina semula negara selepas kerajaan Perikatan Nasional gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik,” lapor Malaysia Dateline.

Memetik sumber, portal berita itu menggambarkan pertemuan itu akan membincangkan kaedah membina semula negara dengan melibatkan semua pihak.

Malaysia Dateline bagaimanapun kemudian membuang laporan berkenaan dari laman web tersebut.

Pada 20 April, Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat menyerahkan memorandum kepada istana untuk mendesak Agong menamatkan darurat.

Perintah darurat berkuatkuasa bermula 11 Januari hingga 1 Ogos. – 7 Jun, 2021.

KERAJAAN

PERPADUAN

SEMUA PARTI

MASUK

AMIN

HANYA 

SATU AJENDA

MELAWAN

VIRUS KOBID

AMIN

BARISAN BERSATU

MELAWAN SATU

MUSUH

KHALAS 



2 ulasan:

Cekpit Kelima berkata...

Kewujudan kerajaan perpaduan memerlukan persetujuan umno, parti yang memiliki kerusi terbanyak di parlimen. Atas faktor inilah, persetujuan kerajaan perpaduan hanyalah helah untuk melepaskan Najib, Zahid dan semua yg telah dihadapkan ke mahkamah. Semua politaik akan cari jalan utk menyelamatkan diri masing2. Atas faktor inilah idea ini wajib di tentang. Hanya beberapa bulan sahaja, Covid-19 akan berjaya dilawan melalui pemvaksinan rakyat. Selepas itu buat lah PRU, serahkan mandat kepada rakyat. Sebelum itu jgn lupa pastikan Najib Zahid dan konco2nya disumbat ke penjara. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada wajib, sunat je.