Isnin, 5 Julai 2021

BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA



TAHNIAH

ANWAR IBRAHIM

AMIN

BERJAYA 

GADUHKAN

GEROMBOLAN

AMIN


‘Projek 7 Julai’: Apakah ada ahli Parlimen UMNO akan dipecat?

DALAM tempoh 48 jam lagi dianggap detik penting bagi UMNO kerana dikhabarkan Majlis Tertinggi parti itu akan mengadakan mesyuarat.Bukan mesyuarat biasa tetapi mesyuarat yang akan menentukan segala-galanya berkaitan percaturan politik pucuk pimpinan parti itu.

Pada 21 Jun lalu, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi telah memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang parti itu turut berada di dalamnya untuk memanggil sidang Parlimen, jika gagal berbuat demikian ia dianggap penderhakaan dan MT akan melakukan tindakan lanjut.

Bagaimanapun belumpun cukup 14 hari, tersebar berita bahawa MT UMNO akan membuat keputusan keluar daripada kerajaan pada Rabu ini (7 Julai). Justeru ‘Projek 7 Julai’ dipergiatkan. Khabar malam tadi, gerakan-gerakan terus dilakukan bagi meraih sokongan ahli Parlimen daripada UMNO. 

Sumber memberitahu, pemimpin-pemimpin kanan yang terlibat dalam ‘Projek 7 Julai’ itu buntu kerana sehingga malam tadi projek tersebut di ambang kegagalan.

‘’Ia kerana majoriti ahli Parlimen UMNO menolak ‘Projek 7 Julai’ dan berpegang kepada ketetapan Perhimpunan Agung UMNO bahawa mereka akan kekal di dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan manakala yang menyokong dikatakan tidak sampai pun 10 orang,’’ katanya kepada UtusanTV.

Berikutan itu sumber tersebut memaklumkan, sudah ada cakap-cakap UMNO mahu melakukan langkah drastik memecatkan mana-mana ahli Parlimen parti tersebut yang tidak menyokong ‘Projek 7 Julai’ atas alasan tidak patuh kepada arahan parti.

‘’Tetapi soalnya siapa yang sebenarnya tidak patuh kepada arahan parti? Ahli Parlimen terlibat atau Ahmad Zahid? Bagaimana dengan tindakan Ahmad Zahid yang didakwa mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri? Apakah itu tidak patuh kepada arahan atau dasar parti yang menetapkan ‘No Anwar, No DAP, No PKR’?

‘’Bagaimana pula dengan rakaman audio yang didakwa suara Ahmad Zahid berbual dengan Anwar yang dikaitkan orang sebagai persekongkolan bagi menubuhkan Jajaran Bahru?,’’ tanya sumber tersebut.

Sumber itu mempersoalkan, kenapa Ahmad Zahid tidak menjelaskan apakah benar pada 11 Jun ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, beliau memaklumkan kepada Seri Paduka kononnya Menteri,Timbalan Menteri, Ahli Parlimen sudah setuju tarik sokongan daripada Kerajaan PN pada 1 Ogos?

Justeru sumber itu menyifatkan, sebarang tindakan ke atas ahli Parlimen UMNO jika dilakukan ia bukan sahaja amat tidak adil malah ia akan menyebabkan UMNO berpecah-belah dan berantakan hanya kerana agenda mahu mewujudkan jajaran baharu yang dikaitkan dengan usaha mewujudkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Sumber itu mendakwa, majoriti ahli Parlimen yang berhadapan dengan tindakan dipecat untuk berada dalam Kabinet dan memegang jawatan dalam GLC.

‘’Tetapi penentangan mereka bukan soal mahu mempertahankan kedudukan yang ada tetapi mematuhi keputusan perhimpunan agung UMNO yang sudah memutuskan parti itu hanya akan meninggalkan Kerajaan PN apabila dibubar dan tiada kerjasama dengan parti Bersatu dalam PRU-15.

‘’Kalau mematuhi keputusan perhimpunan agung UMNO dianggap satu kesalahan sedangkan pemimpin yang didakwa melanggar dasar parti dibiarkan, apa mahu berlaku kepada UMNO?,’’ kata sumber tersebut.

Sementara itu, satu lagi sumber mendakwa, segelintir pemimpin UMNO melaksanakan agenda mahu menumbangkan kerajaan sebelum Parlimen bersidang.

‘’Apabila keadaan itu berlaku Parlimen tidak perlu bersidang dan ketika itu sudah pasti gerakan mengumpul akuan bersumpah bagi mendapatkan sokongan untuk menubuhkan jajaran baharu akan dipergiatkan, tetapi tindakan politik ini hanya akan membawa mala petaka kepada pengurusan Covid-19 yang rata-ratanya di bawah menteri-menteri UMNO,’’ katanya. 

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

MEMANG BIJAK

BERJANJI

AMIN

1998 GEROMBOLAN

PECAH 

TERBARAI

AMIN

2020 PAKATAN

 RUNTUH

AMIN

2021 PKR RUNTUH

AMIN

RABU 7/7/2021

GEROMBOLAN

BERAMUK SAMA

SENDIRI

KAH KAH KAH

SEMUA KERANA

PAK SHEIKH

BUAT JANJI

KAH KAH KAH

TAK CAYA

TANYA MAT SABU

TANYA GUAN ENG

TANYA TIAN

TANYA SHAFIE

TANYA AZMIN

TANYA EZAM

TANYA ZAHID

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: