Rabu, 7 Julai 2021

MUHYIDIN BERJAYA SAILANG ANWAR

 

ANWAR MAHU

BUKA PARLIMEN

AMIN

AGONG ARAH

BUKA PARLIMEN

AMIN

MUHYIDIN SETUJU

AMIN

PARLIMEN

AKAN DIBUKA

AMIN

ANWAR NAIK STIM 

DIA JADI PM BARU

AMIN

TAPI

KAH KAH KAH

MUHYIDIN SAILANG

 ANWAR

KAH KAH KAH

PARLIMEN

JADI

 PAR LIE MAN

KHALAS 


Sidang Parlimen 5 hari satu penipuan, kata Anwar

PERSIDANGAN Parlimen untuk hanya lima hari adalah satu bentuk penipuan sekiranya ia hanya untuk menyegerakan kelulusan beberapa ordinan darurat, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Presiden PKR juga menyatakan tiada petunjuk bahawa ahli Parlimen akan dibenarkan berbahas pada tempoh persidangan bermula 26 Julai hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

“Sidang Parlimen adalah untuk memastikan kerajaan itu ditadbir menurut peraturan tata kelola good governance, supaya jangan ada penyalahgunaan kuasa dan ada semak dan imbang.

“Tetapi apa yang cuba dilakukan saya rasa satu bentuk penipuan, memendekkan sidang, menyegerakan kelulusan beberapa undang-undang ordinan termasuk ordinan darurat,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan persidangan Parlimen akan diadakan bermula 26 Julai hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Ini diikuti dengan persidangan Dewan Negara bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos.

Ini merupakan sidang Parlimen pertama selepas ditangguhkan pada Disember tahun lalu. Perintah darurat untuk mengekang pandemik Covid-19 berkuat kuasa pada 11 Januari, dan semua persidangan Parlimen, sidang DUN dan juga pilihan raya ditangguhkan sepanjang tempoh darurat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata rakyat yang bimbang dengan cara kerajaan menguruskan pandemik tidak akan memandang ringan perkara ini.

“Saya ingin memberi peringatan kepada perdana menteri dan kerajaan, dalam keadaan kamu yang terumbang ambing ini, jangan peralatkan speaker Dewan Rakyat yang juga harus diberi peringatan bahawa kita tidak akan pandang ringan soal Covid-19, soal kebajikan rakyat, soal peruntukan kepada rakyat, soal salah guna kuasa. Ini bukan soal ringan.

Beliau turut meminta kerajaan untuk menekankan prinsip demokrasi dan tidak menggunakan peraturan sesuka hati.

“Parlimen digunakan sebagai medan bahas untuk menjaga perlembagaan, menyuarakan aspirasi rakyat dan menentukan pemerintahan itu absah dan menjalankan tugas dan kuasa mengikut undang-undang dan tidak mencemarkan undang-undang dan menyalahgunakan kuasa.” – 6 Julai, 2021.


PAR

LIE

MAN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya tok syeikh al penipu kena tipu. Kahkahkahkahkahk. Padan muko. Dari dulu asik menipu.jangan lah marah sesekali kono tipu kaw2. Selamat ber pm tepi selamonya.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Bro, antara anwar dan muhyiddin sape yg ko lebih tak suka? Atau kalu dah tak bolih pilih antara madey,assmin,ku li,h20 yg tinggal hanya muhyiddin dan anwar,sape yg ko akan bantai kaw kaw?

Tanpa Nama berkata...

Sapa saje akan disokon selagi tak bersama dap dip dup.hohoho