Selasa, 21 Disember 2021

17 GUGUR AL-FATIHAH

 


AL-FATIHAH


17 maut di kawasan terjejas banjir, kata MB Selangor

SEBANYAK 17 mayat ditemui di kawasan banjir di sekitar Selangor kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari .

Beliau berkata 10 di Klang, 3 di Hulu Langat dan 4 di Sepang.

Amirudin berkata pihak berkuasa masih mengenal pasti punca kematian dan ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Sebahagian daripada mereka yang meninggal dunia bukan sahaja mangsa tetapi ada sukarelawan juga,” katanya pada sidang media selama sejam hari ini. – 21 Disember, 2021.


HATI

HATI

KITA

 JAGA

KITA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semenjak kejadian banjir tempohari merata-rata slogan "Kita Jaga Kita" di laungkan. Tapi pada hemat saya yang tak seberapa ni, slogan itu seharusnya ditukar kepada "Rakyat Jaga Rakyat". Ini kerana perkataan "kita" itu terlalu am atau orang kampung saya kata "Too General". Ahli politik pun guna perkataan "Kita Jaga Kita" walhal mereka hanyalah menjaga kepentingan mereka sendiri.

Kita boleh tengok sendiri betapa siksanya mangsa banjir mengharung detik mereka terperangkap. Bantuan kerajaan ada yang masih belum terima sehingga hari ini. Kerajaan boleh pula menggunakan alasan "Banyak Jalan Ditutup" sebagai menutup kelemahan mereka yang mengambil sehingga 4 hari untuk mobilisasi bantuan.

Tengok pula betapa pemurahnya pihak KWSP yg nak menawarkan RM10 juta untuk membantu mangsa banjir. Ada yang mengatakan apa masaalahnya nak bantu mangsa banjir.... Tapi dimanakah logiknya apabila Kerajaan menggunakan duit simpanan rakyat untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir? Kenapa bila rakyat mintak 10k pengeluaran terakhir, berbagai alasan diberikan untuk melengahkan jawapan? Mengapa dikerahkan segala balaci Kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan akhbar membantah pengeluaran yang diminta rakyat? Kononnya macam mereka terlalu perihatin kepada masa depan rakyat. Dalam konteks ini, maka tetap lah "Rakyat yang menjaga/membantu rakyat" bukannya Kerajaan.

Jadi pada pendapat saya yang tak berapa cerdik ni... Rakyat seharusnya melaungkan
"Rakyat Jaga Rakyat.... Menteri-menteri boleh pegi mampos".