Selasa, 21 Disember 2021

HUJAN RIBUT AKAN SAMPAI LAGI

 


AWAS

Ramalan ribut petir di Utara Semenanjung hari ini dan esok

KUALA LUMPUR – Penduduk yang berada di negeri-negeri utara Semenanjung berwaspada susulan jangkaan ribut petir akan berlaku di kawasan terbabit pada hari ini dan esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut berikutan sistem tekanan rendah kini berada di kedudukan 4.8’U 93.7’T di Laut Andaman. 

”Sistem tekanan rendah ini dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka. Kemungkinan sistem ini meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah, sekali gus keadaan ini boleh menyebabkan ribut petir di negeri-negeri utara Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan berwaspada.

MetMalaysia, tambahnya akan sentiasa memantau keadaan cuaca ini dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan apabila keadaan perlu. – 



HATI

HATI

KITA 

JAGA

KITA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya Mamat Ini, dulu dia sekolah mana ? Mara atau UITM ? Met Malaysia ini patut sound alarm lah sebelum berlaku banjir, ini dah berlaku kat Shah Alam baru tengok berita kah? Adoi mampos gak lagu ini, dah lah Munke tak faham BI, mamat ini tahu baca tak weather report? Jangan mare setakat bertanya