Selasa, 21 Disember 2021

JANGAN LUPA KERETA JUARA


PROJEK

TIPU MELAYU

AMIN 

 


UMNO mesti jadi juara penyatuan orang Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO harus menjadi juara yang berjaya menyatupadukan semua orang Melayu di negara ini, kata  Sabri 114.

Naib Presiden UMNO,   Sabri 114 berkata, seruan penyatuan itu bagaimanapun bukan  tertumpu kepada parti-parti Melayu sahaja. 

Malah, beliau menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu supaya menjadi ahli bersekutu UMNO.

“Barulah peranan UMNO untuk menyatupadukan dapat dirasai dan dapat dilihat jelas,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera hari ini.

Malangnya, kata beliau, perkara yang popular hari ini adalah seruan perpecahan.

”Kita nak berpecah dengan orang sini, nak berpecah dengan orang sana. Kita tak nak orang sini, kita tak nak orang sana, kalau boleh kita seorang-seorang sahaja,” ujar beliau.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bera menambah, perkara itu telah lari daripada perjuangan UMNO yang sepatutnya menjadi payung kepada seluruh negara.

“Apa yang menjadi hala tuju UMNO adalah penyatuan sama ada melalui parti ataupun bukan.

“Saya juga melihat, kesepakatan yang wujud bukan hanya dalam UMNO malah dengan parti komponen yang ada dalam Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC,” katanya.

Tidak hanya itu, Sabri 114 berkata, sejak diumumkan mengenai Muafakat Nasional (MN) pada tahun lalu, Parlimen Bera merupakan antara bahaian paling awal menunjukkan kesepatakan di peringkat akar umbi.

“Kita wujudkan jawatan kuasa bersama, walaupun keadaan hubungan agak kurang berbanding pada awal-awal dulu, tetapi di Bahagian Bera, kita masih bersama-sama MN, bersama Pas.

“Walaupun di peringkat tertinggi, kadang-kadang kita lihat kenyataan-kenyataan akhbar yang agak keras di antara kedua-dua pihak kepimpinan tertinggi parti tetapi ia tidak merosakkan hubungan kita di peringkat Bahagian Bera,” katanya.

Tambahnya lagi, program-program di peringkat Bahagian masih dilaksanakan secara Bersama antara Pas dan juga UMNO.

“Hubungan cawangan saya pasti tidak berpecah.

Saya berharap hubungan sesama kita di dalam UMNO terus kekal berpadu seperti ini.

“Hubungan UMNO dengan parti komponen diperkukuhkan, begitu juga dengan Pas di dalam MN dikekalkan di Bera ini walaupun berlaku sebaliknya di tempat lain,” ujarnya.

Beliau berkata, asas perjuangan UMNO adalah bersatu padu dengan menyorot sejarah penubuhan UMNO pada tahun 1946.

“Ketika itu UMNO berjaya menyatukan seluruh orang Melayu hingga Inggeris keluar dari Tanah Melayu.

“Perikatan yang dibina telah berjaya menyatukan Melayu, Islam dan Bumiputera di negara ini dan ia harus diteruskan sekarang,” ujarnya.

MN sebelum ini yang menjadi jalinan politik di antara UMNO dan Pas pada peringkat awal menjadi tegang apabila UMNO tidak mahu menerima parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


 GEROMBOLAN

NAK JADI

KERETA JUARA

KAH KAH KAH

NAK MASUK

SEMUA MELAYU

DALAM JUARA

JUAL PADA

CHINA MERAH

KAH KAH KAH

PARTI 

TIPU MELAYU 

 AMIN

 PARTI 

BODOHKAN 

MELAYU

KAH KAH KAH

SAMPAI BONSAI

OTAK MELAYU

 AMIN 

TAK SEDAR 

CHINA MERAH 

DATANG MENJAJAH

AMIN

Tiada ulasan: