Jumaat, 10 Disember 2021

BOLEH PERCAYA KE ?

 



Tiada masalah jika putus dengan Umno, kata akar umbi PAS

TIADA masalah jika pemimpin tertinggi PAS memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Umno dalam gabungan Muafakat Nasional (MN), kata pemimpin akar umbi parti Islam itu.

Kalangan ahli peringkat cawangan PAS sudahpun menjangka perkembangan itu akan berlaku selepas melihat pengaruh Umno semakin merosot dan peningkatan kuasa Bersatu.

Ahli PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 45, dari Kuala Terengganu berkata mereka kini memahami pendirian pemimpin parti biarpun ada kekeliruaan pada peringkat awal.

“Kekeliruan itu memanglah akar umbi tak jelas apa pendirian sebenar pucuk pimpinan. Tapi bila sudah dijelaskan, jadi tak adalah kekeliruan itu.

“Lagipun akar umbi faham mengapa pucuk pimpinan tidak menjelaskan pendirian lebih awal kerana kita nampak mereka berusaha untuk menyelamatkan hubungan tiga parti Melayu ini.

“Tapi kalau Umno enggan masih juga menolak memang kita tak boleh nak buat apalah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut, Arif mengakui akar umbi sudah menjangkakan hubungan PAS dengan Umno tidak dapat bertahan lama kerana sikap mementingkan diri parti Melayu terbesar itu.

“Terutama di Terengganu ini, Umno sering (berprasangka terhadap) PAS padahal kita sangat terbuka jadi itu yang kami akar umbi rasa agak mustahil juga (bekerjasama dalam) MN.

“MN ini hanya akan berjaya jika Umno membuang sikap abang long, ego mereka namun sayangnya  itu tidak berlaku,” katanya.

PAS dan Umno membentuk Muafakat Nasional pada September 2019 selepas kekalahan parti itu dalam PRU14.

Namun hubungan antara PAS dan Umno mula retak apabila Umno enggan untuk berkerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional.

Kemuncak polemik itu menyaksikan PAS memutuskan untuk terus mengekalkan kerjasama dengan Bersatu dan tidak bersama Ummo dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Minggu lepas , presidennya Abdul Hadi Awang mendakwa Umno melanggar janji dalam MN selepas menolak penyertaan Bersatu ke dalam MN.

Beliau berkata PAS enggan dibelenggu bersama Umno dalam MN dan sebaliknya mahu terus bergerak dengan PN.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PN perlu menjadi gagasan politik dengan peranan dan kuasa lebih besar manakala golongan yang disifatkannya pendukung penjajah pula perlu disingkirkan.

Pandangan itu didukung anggota seperti Ahli Jawatankuasa PAS Kedah Mohd Hilmi Abdul Wahab yang percaya ia berpunca dariapda sikap Umno enggan bekerjasama dengan mereka.

Beliau turut menolak tanggapan PAS akan rugi jika tidak bersama dengan Umno hanya meneruskan kerjasama dengan Bersatu saja.

“Sebelum Pakatan Harapan, PAS bergerak secara solo, semasa PRU14 PAS bergerak solo, tidak ada masalah pun.

“Maksudnya PAS boleh bergerak secara solo dan terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk agenda Melayu Islam.

“Kalau Umno nak kata Bersatu lemah, Umno lagi lemah. Lihatlah masa PRU14 mereka kalah, katanya.

Seorang aktivis PAS Mohamad Anuar juga berkata masalah dalam mengadakan kerjasama dengan Umno yang juga sikap besar kepala pemimpin parti itu sudah dijangkakan.

“Memang kita baik tapi PAS tetap waspada. Sebab kita boleh baca dah. Samalah macam kita nak masuk sukan tinju mesti kita dah tahu musuh kita macam mana.

Tapi kita tak cakap terbuka pasal itu. Macam MN ini akar umbi tahu masalah MN cuma kita senyap. Dan dengan kenyataan presiden saya yakin akar umbi tidak keliru,” katanya. – 10 Disember, 2021.

GEROMBOLAN

KENA KENCING

PELACUR

KAH KAH KAH

 TAPI KENCING PUN

SYIOK JUGA

KAH KAH KAH

AWAS 

PELACUR  BUKAN

MAIN DUA KOLAM

DUA LUBANG

KAH KAH KAH

PELACUR BOLEH

KANG KANG

TIGA LUBANG 

EMPAT KOLAM

KHALAS

1 ulasan:

ToraTora berkata...

Hoi....monyet bergayut kat 2 dahan....kalau 1 dahan patah ada 1 dahan lagi....yg penting masih boleh makan buah