Jumaat, 10 Disember 2021

SAIFUDDIN BOHONG ?

 




Dunia letak harapan tinggi pada Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia, kata menteri 

MASYARAKAT antarabangsa meletak harapan tinggi terhadap Malaysia untuk menunaikan ikrar dan komitmen yang dibuatnya selepas dipilih menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022 -2024, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata Malaysia sangat berbesar hati dengan sokongan padu yang ditunjukkan oleh masyarakat antarabangsa terhadap pemilihannya sebagai ahli majlis dan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan hak persekitaran yang selamat, bersih, sihat dan lestari dalam peranannya itu.

“Di tengah-tengah semua itu, Malaysia akan mengutamakan hak kumpulan yang mudah terdedah, terutamanya kanak-kanak, wanita, orang asli, orang kurang upaya dan warga tua, yang akan lebih terkesan dengan perubahan iklim,” katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam ucapan prarakamannya ketika merasmikan Forum Hari Hak Asasi Manusia 2021: “Akses kepada Persekitaran Selamat, Bersih, Sihat dan Lestari Sebagai Hak Asasi Manusia” di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Malaysia dipilih menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk penggal 2022-2024 selepas memenangi satu daripada 18 kerusi dengan 183 undi.

Saifuddin berkata Malaysia berusaha untuk memperkasakan lagi golongan belia dalam memainkan peranan yang lebih besar di semua peringkat membuat keputusan, kerana mereka mencetuskan pergerakan di peringkat global dalam mendorong pemimpin dunia mengambil tindakan segera bagi menangani perubahan iklim.

“Memandangkan belia dan anak-anak akan mewarisi bumi ini daripada kita, mereka adalah pemegang taruh utama kita dalam memastikan kesejahteraan planet kita ini,” tambahnya. – Bernama, 10 Disember, 2021.

SAIFUDDIN  BOHONG

ATAU DIA CAKAP

BENAR

AMIN

KALAU BOHONG

INI PEKARA BIASA

MENTERI SEMUA

PEMBOHONG

AMIN

KALAU BENAR

INI AMAT BAHAYA

PADA DUNIA

AMIN

BAYANGKAN 

MALAYSIA JADI

HARAPAN DUNIA

AMIN

INI SAMA MACAM

LANTIK NAJIB

JAGA BANK

KAH KAH KAH

SAUDI ARABIA

PUN JAGA

HAK ASASI

KAH KAH KAH

INI MACAM 

SHAHIDAN JAGA

MURID SEKOLAH

KAH KAH KAH

INI MACAM 

RAHIM TAMBI CIK

JAGA ASRAMA

PEREMPUAN

KAH KAH KAH

INI AMAT BERAT

AMIN

ROSAK DUNIA

KHALAS

WOIT 

 SAJAT  LU

APA KHABAR

DI SYDNEY 

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syiok sendiri.

Jigit berkata...

1. Malaysia dipilih sebagai Ahli Majlis Human Rights bukan sebab track record yg bagus...tapi sebab rotation atau giliran dah sampai...contohnya ada 1 seat untuk rantau Asia....negara2 lain dah ambil giliran manakala banyak negara yg tak kebulor nak jadi ahli yg tidak membawa sebarang manafaat kpd rakyat, lalu PM kita yg boleh kecek omputih sikit2 pun setuju supaya Malaysia terima jawatan tersebut. Setidak2nya boleh tunjukkan kpd makcik2 felda betapa hebat ya Malaysia dibawah Mael Bera.