Jumaat, 10 Disember 2021

ISLAM CONTOH

 


Kakitangan 

Hospital Kajang 

didakwa terima 

rasuah urus jenazah

Selepas tiga rakan sekerjanya didakwa di Shah Alam semalam, seorang lagi kakitangan Hospital Kajang, Selangor didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah berhubung pengurusan jenazah April tahun lepas.

Tertuduh Mohd Fariq Ariffin, 34, penolong pegawai perubatan, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim M. Bakri Abd Majid.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fariq yang bertugas di Unit Forensik Hospital Kajang didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,750 di CIMB Cawangan Bercham, Ipoh antara 28 April lepas hingga 5 Februari ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan untuk melaporkan diri setiap awal bulan di pejabat SPRM terdekat selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan hari ini dilakukan timbalan pendakwa raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Syahrul Nizam.

Mahkamah turut membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk disebut semula pada 10 Januari bersama tiga tertuduh lain.

Pada Rabu, tiga kakitangan Hospital Kajang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan yang sama.

Media pada 8 Oktober lepas melaporkan lima kakitangan jabatan forensik sebuah hospital di Selangor ditahan berhubung kes rasuah pengurusan jenazah dipercayai mengaut untung kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua tahun sejak 2019.

Petugas kesihatan itu menerima habuan RM300 hingga RM400 bagi setiap jenazah daripada ejen mengikut jenis kematian.




CONTOH TERBAIK

NEGARA ISLAM

KAH KAH KAH

SEMUA MENGIKUT

SUNNAH MATI

KAH KAH KAH

DI NEGARA ISLAM

MALAYSIA SEMUA

PERLU DI RASUAH

AMIN 

DI JALAN ADA JPJ

DI BALAI ADA POLIS

DI PEJABAT ADA D.O

DI MASJID ADA IMAM

SEKOLAH ADA GURU

KAH KAH KAH

SEMUA INI PERLU

DI RASUAH 

HANTU MAKAN TELO

KAH KAH KAH

DAH MATI PUN

NAK TANAM

PERLU RASUAH

AMIN YA AMIN

YA AMINULRASHID

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pernah gwa dengar cerita Dari apek Tua pasal neraka, versi kaum org cina.apek kata, semua masuk neraka, neraka Ada 7 kelas. 1st class erti org baik. Kelas terakhir ialah yg terburuk, API neraka etc etc. Gwa pun heran, gwa Tanya apek - XDA syurga??? Apek kata, XDA syurga . 1st class neraka lebeh kurang syurga lah. Gwa ketawa. Kini bila gwa lihat mesia, gwa terkenang cerita apek, neraka Ada 7 kelas / kategpri. Isham, entah lah Kita berdua ni masuk kelas 1 atau kelas 7, hahaha !