Rabu, 22 Disember 2021

KITA ADALAH RAKYAT - RAKYAT IALAH KITA

 


 KITA IALAH RAKYAT

AMIN

RAKYAT IALAH KITA

KHALAS

KITA JAGA RAKYAT

RAKYAT JAGA KITA

AMIN 

Unknown commented on

 "17 GUGUR AL-FATIHAH"

Semenjak kejadian banjir tempohari merata-rata slogan "Kita Jaga Kita" di laungkan. Tapi pada hemat saya yang tak seberapa ni, slogan itu seharusnya ditukar kepada "Rakyat Jaga Rakyat". Ini kerana perkataan "kita" itu terlalu am atau orang kampung saya kata "Too General". Ahli politik pun guna perkataan "Kita Jaga Kita" walhal mereka hanyalah menjaga kepentingan mereka sendiri. Kita boleh tengok sendiri betapa siksanya mangsa banjir mengharung detik mereka terperangkap. 



Bantuan kerajaan ada yang masih belum terima sehingga hari ini. Kerajaan boleh pula menggunakan alasan "Banyak Jalan Ditutup" sebagai menutup kelemahan mereka yang mengambil sehingga 4 hari untuk mobilisasi bantuan. Tengok pula betapa pemurahnya pihak KWSP yg nak menawarkan RM10 juta untuk membantu mangsa banjir. Ada yang mengatakan apa masaalahnya nak bantu mangsa banjir.... Tapi dimanakah logiknya apabila Kerajaan menggunakan duit simpanan rakyat untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir?



 Kenapa bila rakyat mintak 10k pengeluaran terakhir, berbagai alasan diberikan untuk melengahkan jawapan? Mengapa dikerahkan segala balaci Kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan akhbar membantah pengeluaran yang diminta rakyat? Kononnya macam mereka terlalu perihatin kepada masa depan rakyat. Dalam konteks ini, maka tetap lah "Rakyat yang menjaga/membantu rakyat" bukannya Kerajaan. Jadi pada pendapat saya yang tak berapa cerdik ni... Rakyat seharusnya melaungkan "Rakyat Jaga Rakyat.... Menteri-menteri boleh pegi mampos".

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin setuju, kita rakyat kena jaga rakyat sekalian saja, harap KERA ini macam sedekah saja, dah lah KERA haram masuk ikut belakang langsung tak ada tanggungjawab, asyik main politik depan belakang kiri kanan setiap masa, pi mampooosss ramai ramai lagi bagus kan ? Semoga seluruh rakyat doa mereka masuk Neraka Amin kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Pendek kata tak payah ada kerajaan di Malaysia. Bubarkan saja. Membazir pun. Kah! Kah! Kah! Kah!