Rabu, 22 Disember 2021

KITA JAGA KITA

 



AWAS

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 6 negeri


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di banyak kawasan di selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Antara kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat ialah di Johor iaitu di Tangkak, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Selain itu bagi Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau and Meradong), Sibu, Kapit (Song, Kapit and Belaga), Bintulu (Tatau and Sebauh) dan Miri (Marudi). Manakala bagi Sabah kawasan yang bakal dilanda ribut petir ialah Lahad Datu.

Setakat pagi ini, sebanyak 210 lokasi di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah masih terkesan dengan banjir berikutan ribut semalaman.


Pusat Kawalan Operasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokasi tersebut membabitkan lapan daerah di Selangor, Negeri Sembilan (tiga), Terengganu (dua), Kelantan (tiga), Pahang (lapan) dan Kedah (tiga).

Rentetan kejadian itu, sebanyak 83 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri terjejas membabitkan banjir kilat, banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak.

Setakat semalam, lebih 61,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, dengan Pahang dan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.

Di Selangor sahaja 30,632 orang telah hilang tempat tinggal akibat banjir teruk. – 22 Disember, 2021.



AWAS
KITA 

JAGA 

KITA

AMIN

Tiada ulasan: