Rabu, 22 Disember 2021

LEBAI PELACUR KATA

 



Apakah kerajaan faham amaran perubahan iklim, ekologi, soal pakar

PUTRAJAYA sekadar berpura-pura mengenai isu perubahan iklim dan tidak memperlihatkan sebarang petunjuk ia benar-benar memahami krisis yang akan berlaku, kata kumpulan alam sekitar susulan banjir buruk di banyak tempat pada hujung minggu.

Pertubuhan Pemuliharaan Warisan Semula Jadi Malaysia (Peka) berkata kerajaan sudah mempunyai data perubahan iklim yang diperlukan untuk membuat perubahan dasar, tetapi nampaknya tidak menggunakannya untuk merancang masa depan.

“Data yang ada menunjukkan bukti peningkatan laporan banjir yang meningkat secara beransur-ansur sejak 2012.

“Data ini sepatutnya digunakan untuk merancang masa depan yang lebih baik tetapi malangnya ini tidak berlaku,” kata Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil kepada The Malaysian Insight.


Putrajaya juga tiada usaha menyebarkan kesedaran perubahan iklim di kalangan rakyat untuk mengubah tingkah laku dan tabiat gaya hidup, tambahnya.

“Kerajaan tidak menunjukkan inisiatif untuk mendidik rakyat, atau menggubal undang-undang perubahan iklim baharu, atau membimbing orang ramai mengenai cara kita perlu hidup untuk meminimumkan kesan berkaitan pemanasan global,” tambah Shariffa.

Malaysia hanya menamakan perubahan iklim sebagai portfolio menteri pada 2018 apabila Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan, mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap isu itu di peringkat tertinggi buat pertama kali.

Selepas PH digulingkan pada 2020, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dibentuk oleh kerajaan berikutnya menjadi tiga kementerian - Alam Sekitar dan Air, Tenaga dan Sumber Asli dan Sains, Teknologi dan Inovasi.

Perdana menteri semasa Ismail Sabri Yaakob menggariskan komitmen perubahan iklim Malaysia dari segi menjadi negara neutral karbon seawal 2050, tetapi pemerhati membangkitkan kebimbangan mengenai ketiadaan pelan tindakan khusus untuk mencapai sasaran ini, dan pelaksanaan yang lemah.

Shariffa juga berharap rakyat Malaysia tidak akan kembali kepada gaya hidup seperti biasa sebaik sahaja bencana banjir sekarang ini berakhir.

Perubahan iklim, yang ditunjukkan dengan ribut lebih teruk, hujan lebih lebat, taufan lebih kerap di kawasan tropika, dan musim sejuk yang lebih sejuk di negara iklim sederhana berbanding sebelum ini, dikaitkan oleh saintis dengan aktiviti manusia dan ekonomi yang membebaskan karbon dioksida ke atmosfera, menyebabkan pemanasan global.

Perubahan dasar untuk mengurangkan kenaikan suhu memerlukan pengurangan penggunaan bahan api fosil, seperti arang batu untuk menjana tenaga elektrik, yang masih sangat bergantung bagi penjanaan kuasa Malaysia. 

Dasar mesra iklim lain termasuk penggunaan tenaga hijau yang lebih baik, pemuliharaan hutan atau penanaman pokok, perubahan kepada dasar guna tanah bagi memelihara habitat semula jadi untuk bertindak sebagai penyerap karbon, dan menukar sisa buangan kepada tenaga.

Sementara itu, perubahan gaya hidup kepada pengguna termasuk mengurangkan penggunaan petrol, menaiki pengangkutan awam untuk meminimumkan pencemaran dan pelepasan asap kenderaan.

Shariffa berkata perubahan iklim sudah pun berlaku di Malaysia, menjadikan kejadian cuaca sejuk Kuala Krai, Kelantan, dialami pada 2014 dan 2018 sebagai contoh.

Walaupun begitu, beliau mempersoalkan sama ada Malaysia mengambil sebarang pengajaran dan sama ada ia bersedia untuk perubahan cuaca yang luar biasa.

“Perkara sebaliknya berlaku semasa musim kemarau dengan suhu yang lebih tinggi dan semakin tinggi direkodkan setiap tahun bagi tempoh lebih lama, berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Lee Jo Kien, penganalisis utama Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika dan People for Peat, juga berkata perubahan iklim berkemungkinan membawa kejadian cuaca ekstrem yang lebih kerap dan tidak dapat diramalkan di Malaysia. – 22 Disember, 2021.

LEBAI PELACUR

TANYA

EKO GAPO

KAH KAH KAH

LEBAI PELACUR

KATA

MI NO SPIK

INGLIS

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rupanya lebai ni pi umrah. Bila dia balik air bah dah surut. Dia fikir air bah surut sebab berkat doa dia di mekah.