Ahad, 12 Disember 2021

PARTI POLITIK BARU

 


Zuraida sedia 

timbang sertai 

Parti Bangsa Malaysia

ZURAIDA Kamaruddin sedia menimbang tawaran untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia, yang penubuhannya sebelum ini dikaitkan dengan beliau.

Zuraida, yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, bagaimanapun sebelum ini menafikan beliau terlibat dengan penubuhan parti itu yang diketuai bekas ahli parlimen PKR.

“Saya tak ada terima apa-apa  tawaran lagi. (Kalau ada) saya belum tahu lagi, saya akan pertimbangkan, insya-Allah. 

“Kalau tawaran daripada sesiapa pun saya akan pertimbangkan, tak boleh tolak,” katanya, seperti dipetik Bernama di Kota Samarahan.

Zuraida diminta mengulas dakwaan beliau akan mengetuai Parti Bangsa Malaysia, yang sebelum ini dikenali dengan nama Parti Pekerja Sarawak.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 27 Oktober meluluskan permohonan penukaran nama dan pindaan perlembagaan Parti Pekerja Sarawak untuk diganti dengan nama baharu Parti Bangsa Malaysia.

Dalam mesyuarat agung luar biasa pada 14 November, parti itu meluluskan pelantikan barisan kepimpinan baharu melibatkan dua ahli parlimen bebas bekas PKR iaitu Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong.

Sng dilantik timbalan presiden sementara Choong naib presiden.

Zuraida sebelum ini didakwa akan mengetuai parti. – 12 Disember, 2021.

PARTI POLITIK

TERBARU

AMIN

PRU15 AKAN

MERIAH

KAH KAH KAH

KALAU TABUR

$$$$

UNTUK DAPAT UNDI

LAGI MERIAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: