Ahad, 16 Januari 2022

DADAH DARI CHINA MERAH



KILANG KIMIA ASAL

AMIN

 

Polis serbu kilang proses dadah, rampas dua tan ketamin

IPOH – Kegagalan penyewa membayar bil elektrik sebuah kilang di kawasan Perindustrian Pusing di sini membawa kepada pembongkaran wujudnya makmal memproses dadah jenis ketamin.

Bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyerbu kilang tersebut sebelum merampas dua tan ketamin bernilai RM111.2 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman,  Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan lebih 16 jam bermula pada 13 Januari kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu turut membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia 24 hingga 37 tahun yang dipercayai ahli sindiket penyeludupan dan memproses dadah tersebut.

Kata beliau, sindiket itu dipercayai menyewa premis di kilang berkenaan untuk dijadikan makmal dadah dan beroperasi sejak pertengahan tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati mereka yang ditahan terdiri daripada tukang masak (memproses dadah) dan ketamin yang dirampas itu untuk pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah bernilai RM111.2 juta dengan bekalan itu boleh digunakan seramai 6.7 juta penagih.

“Kita juga merampas peralatan memproses dadah termasuk bahan kimia, mesin serta lain-lain,” katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.

Dalam serbuan itu polis turut menyita beberapa buah kenderaan, barang kemas dan akaun bank milik suspek dan nilai sitaan secara keseluruhan berjumlah RM200,000.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, rampasan itu merupakan rampasan kedua terbesar dalam negara membabitkan dadah jenis ketamin selepas pembongkaran sindiket memproses dadah yang sama di Johor awal tahun lalu.

“Kesemua suspek kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, ujian saringan air kencing dua daripada mereka positif dadah selain mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah,” ujar beliau.

Tambah Ayob Khan, pihaknya kini sedang mengesan tiga lelaki lagi berusia lingkungan 23 hingga 44 tahunyang dipercayai terlibat dalam dalam kegiatan tersebut bagi membantu siasatan.

Mereka ialah Mohamad Qaiyyum Mohamad Azhar, 23, yang beralamat terakhir di Taman Muhibbah Batu Maung, Pulau Pinang;  Azrul Safuan Mohd Puaad, 28, yang menetap di Kampung Sentosa, Jalan Simpang Taiping dan S. Patmanathan, 44; Jalan Ambar, Alor Setar, Kedah. 



AWAS

CHINA MERAH

ADA PEGELUAR

DADAH SINTATIK

TERBESAR DALAM 

DUNIA

AMIN

SYABU PIL KUDA

SEMUA KIMIA ASAL

DARI CHINA MERAH

AMIN

JARINGAN SAMSENG

CHINA MERAH

DI ASIA

 MENGENDALIKAN

PENYULUDUPAN

AMIN

DI MALAYSIA 

JARINGAN INI

ADA BERGELAR

DATUN TAN TUN TIN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: