Ahad, 16 Januari 2022

PROJEK PRN PERAK ?

 



Saya dihidangkan minuman yang ‘aneh’ – ADUN DAP Perak

KUALA LUMPUR – ADUN DAP di Perak, Terence Naidu mengaku beliau adalah wakil rakyat yang ditangkap polis semalam dan saringan air kencingnya positif dadah.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan petang tadi, wakil rakyat Pasir Bedamar itu berkata, beliau telah memberi kenyataan beramaran kepada pihak polis tentang situasi sebenar yang membawa kepada penahanannya itu.  

Terence yang terkejut ketika dimaklumkan air kencingnya positif dadah memberitahu, beliau telah diundang oleh kliennya untuk perjumpaan dan makan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Setibanya di Perai, beliau dibawa ke lokasi di dan berasa teragak-agak untuk memasuki premis tersebut.

Sambil menafikan telah mengambil sebarang bentuk bahan terlarang, Terence berkata, beliau dihidangkan minuman yang ‘aneh’ dan tidak meminumnya selepas merasa sedikit.

“Saya terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif, kerana saya ini merokok pun tidak,” katanya.

Katanya, beliau kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika pergi ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minumannya. 

Ekoran insiden ini, sebaik sahaja dibebaskan beliau telah membuat laporan polis kerana terdedah kepada anasir yang mencurigakan dan telah menamakan saksi terhadap kejadian terbabit.

Saksi tersebut, katanya, telah pun memberi kenyataan kepada polis dan mengesahkan apa yang telah dilihatnya.

“Berikutan dengan ini Saya telah memohon pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut dan orang ramai boleh menilai kenyataan beramaran saya kepada pihak polis dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Bagaimanapun, saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah. 

“Pun begitu, ramai yang telah membuat keputusan bahawa saya semestinya bersalah,” katanya.

Terence berkata, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap pengundi dan tetap berpendirian bahawa dadah adalah permasalahan sosial dan akan terus berjuang menentangnya.

“Saya berterima kasih kepada kepimpinan parti atas sokongan dan kepercayaan mereka kepada saya,” katanya.

Mengenai pendirian DAP Perak menuntut beliau memberi penjelasan, Terence berkata, tuntutan itu akan dipatuhi. 

“Sebagai ADUN yang bertanggungjawab dan dilantik di bawah bendera parti, saya juga bersedia untuk melindunginya daripada sebarang masalah dan bersedia untuk digantung keahlian, supaya pihak parti tidak terheret sama dalam kes ini.

“Buat para penyokong yang mengenali saya secara peribadi, terutamanya penduduk Pasir Bedamar, saya dengan rendah hati memohon maaf kerana meletakkan diri dalam posisi yang berbahaya,” katanya. – 


APAKAN INI

PROJEK PRN

PERAK ???

JENG JENG JENG

PERANCANGAN

DAULAH 

TERPENDAM

JENG JENG JENG

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KERANA YB NI

ROKOK PUN

TAK ISAP

KHALAS

6 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Terence Naidu ..Inchik Naidu tak ngaku minom todi ..macam TT tak ngaku minom air tapai ..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah.. rokok pun tak hisap.. mabuk ok ? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Politikus pembangkang ramai yg tak faham2. Dekat musim pilihanraya malam2 dok umah jgn gi mana2. Jgn gi pub jgn gi tempat gelap2. Kalu nak minum gi kedai mamak bawak dua tiga kawan ambek bideo. Kalu dok umah rakam cctv aktiviti 24 jam kat umah kecuali ketika bersama pasangan atau dlm tandas. Kalu tak belum tentu boleh selamat. Jgn cari pasal.

Tanpa Nama berkata...

Apa cer tak hisap rokok .Ramai penagih dadah tegar pun tak hisap rokok pasal tak mampu. Apa saja duit penageh dapat di buat untuk beli chus, fit,ubat..bagai. Mana ada main rokok.
Adun ni kena siasat sama ada dia kaki karok,dangdut,clubbing..dengan GRO,adik angkat,sugarbabe.. ke tidak. Macam perangai sesetengah politikus pembela Melayu.
Satu masa dulu bila ada perhimpunan di KL , semua KTV,kelab Dangdut, disco ..full house...
Huahahahahahaaaa....

Tanpa Nama berkata...

Orang biasa setiap kena tangkap, ada juga mati, ada juga masuk penjara lokap kena belasah semua, tapi nyawa orang biasa begitu saja, tiada siapa amibik pot, tak ada sapa kisah tapi kalau orang Politik YB, kalau Munke satu negara huru hara, konspirasi lah, politik musuh lah, ada tak tahu saja, kan bodoh begitu, apa kah nyawa YB lebih bernilai Dari orang biasa ? Saja Tanya lah kalau orang ada duit pangkat jawatan lebih bernilai Dari manusia lain ker ? Sebab ITU lah semua berkejar kejar mencari duit tipu rompak nak kaya supaya sampai status begitu kah kah jah

Ketua Pengarang berkata...

cara baca media PH.. bila pemimpin PH menafikan bermakna cerita tu betul.