Selasa, 18 Januari 2022

DEMO SABTU INI - SOGO JAM 11

 



Pemuda Amanah kerah 1,000 ahli turun protes Azam Baki

PROTES jalanan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki semakin hangat apabila Pemuda Amanah berikrar mengerahkan 1,000 ahli dalam demonstrasi Sabtu ini.

Peguam parti itu Fadhli Umar Aminolhuda berkata mereka juga merancang untuk menggerakkan kira-kira 10 peguam bagi memantau protes itu.

Beliau berkata Pemuda Amanah menyokong penuh demonstrasi aman terhadap Azam Baki berhubung dakwaan skandal pemilikan sahamnya.

“Kami bukan sahaja menyatakan komitmen untuk kerah seberapa ramai ahli ke Sogo (pusat membeli-belah) tetapi kami juga komited untuk sediakan sekurang-kurangnya 10 peguam pada hari itu.

“Peguam akan menjadi pemerhati dan pastikan tiada apa-apa berlaku yang menyalahi undang-undang supaya demonstrasi aman ini dapat berlangsung dengan teratur selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang media.

Awal hari ini, wakil 17 kumpulan masyarakat sivil dan lapan parti politik akan mengetuai protes jalanan hujung minggu ini jika tiada tindakan diambil terhadap Azam Baki.

Kumpulan itu menggesa rakyat Malaysia berkumpul di hadapan Sogo di Kuala Lumpur pada pukul 11 ​​pagi Sabtu.

Mereka menuntut Azam Baki ditangkap dan didakwa serta merta selain menggesa SPRM dirombak dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Awal hari ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata ia tidak dapat merumuskan Azam Baki melanggar undang-undang dalam membenarkan akaun dagangannya digunakan oleh adiknya.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC memaklumkan ia sudah selesai siasat kes Azam Baki mengikut Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Fadlhi dalam pada itu berkata, terdapat juga tekanan terhadap mereka yang berkongsi di media sosial poster demonstrasi itu.

Ini, katanya, merujuk kepada kes aktivis Adam Adli yang dipanggil polis Khamis ini.

Tambahnya, peguam akan menawarkan khidmat pro bono kepada mereka yang menyiarkan poster berkaitan demonstrasi #TangkapAzamBaki.

“Hak kebebasan berhimpun termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Orang muda tidak patut takut untuk menghadiri perhimpunan beramai-ramai Sabtu ini.”

Antara kumpulan masyarakat sivil yang terlibat ialah Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), Liga Rakyat Demokratik, Persatuan Pengundi Muda dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Manakala parti politik yang terlibat ialah Muda, Pemuda Keadilan, Pemuda DAP, Pemuda Amanah, Pemuda Harapan dan beberapa lagi.

Minggu lepas Pemuda PKR mengadakan bantahan terhadap Azam Baki di hadapan ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Ia berikutan pendedahan Azam Baki memiliki berjuta-juta saham dalam dua syarikat pada 2015 dan 2016, semasa beliau menjadi ketua unit siasatan SPRM.

Kebimbangan muncul sama ada beliau telah mengisytiharkan saham itu seperti yang dikehendaki oleh penjawat awam selain sumber dana untuk membeli saham tersebut.

Azam Baki sebelum itu menjelaskan adiknya telah membeli saham menggunakan akaun dagangan ketua SPRM, yang bermaksud mereka mungkin melanggar peraturan Suruhanjaya Sekuriti.

Lembaga penasihat antirasuah SPRM minggu lepas berkata ia menerima penjelasan Azam Baki dan mendapati beliau bebas daripada sebarang salah laku.

Ini mencetuskan lebih banyak kemarahan orang ramai, menimbulkan gesaan agar agensi antirasuah itu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan siasatan bebas terhadap kes itu dijalankan segera. – 18 Januari, 2022.

SOGO 

JAM 11 PAGI

SABTU INI

AMIN

BERDEMO

BAIK UNTUK

DEMOKRASI

AMIN

IKUT C.U.H

CARA

 UNTUK HIDUP

AMIN

IKUT  ATURAN

JARAK SOSIAL

AMIN

PERJUANGAN

MASIH PANJANG

KHALAS


Tiada ulasan: