Rabu, 26 Januari 2022

JADI KOLONI SEKALI LAGI

 


Najib mahu lantik peguam diraja libatkan isu SRC International, kata peguam

HASRAT Najib Razak untuk melantik Peguam Diraja dari United Kingdom kerana Peguam Diraja mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu beliau dalam isu dan persoalan perundangan yang kompleks dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu didedahkan dalam surat enam halaman yang dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.

Dalam salinan surat yang dikeluarkan kepada media hari ini, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata memandangkan rayuan itu melibatkan isu dan persoalan undang-undang yang kompleks serta dianggap baharu di Malaysia dan Komanwel, perayu (Najib) memerlukan nasihat dan kepakaran daripada Peguam Diraja berpengalaman yang telah mengendalikan isu-isu kompleks ini.

Pelantikan Peguam Diraja itu akan dibuat secara ad-hoc selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.

Selain itu, beliau berkata mereka juga memohon Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh awal untuk pendengaran rayuan itu kerana mereka memerlukan masa untuk menterjemahkan nota dan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, bagi membolehkan beliau dan peguam kanan lain memberi taklimat kepada Peguam Diraja mengenai rayuan itu. 

“Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada Peguam Diraja di London,” kata peguam.

Muhammad Shafee berkata pihak-pihak masih belum menerima rekod penuh rayuan berhubung kes itu dan menyatakan sudah ada 121 jilid dokumen dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, yang menunjukkan bahawa ia mungkin meningkat di mahkamah tertinggi negara.

“Memandangkan pihak-pihak tidak dibekalkan dengan rekod penuh rayuan, perayu tidak dapat menyediakan Petisyen Rayuan yang lengkap kerana kami perlu meneliti rekod rayuan,” katanya dan menambah mereka memerlukan lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan. 

“Justeru, kami percaya penetapan tarikh awal untuk mendengar rayuan ini  akan menyebabkan prejudis kepada perayu terutama memandangkan bahawa ia adalah rayuan terakhir. Perayu perlu diberi masa yang cukup untuk membuat persediaan dan bukannya rayuan dipercepatkan. Perayu merasakan rayuannya dijalan dengan tergesa-gesa tanpa alasan yang kukuh. Persepsi adalah sangat penting kepada imej badan kehakiman,” katanya.

Berhubung dua rayuan bekas perdana menteri itu, untuk menambah bukti baharu dan rayuan utama, peguam kanan itu berkata ia adalah satu keperluan untuk mengadakan perbicaraan berasingan dengan jurang masa yang ketara antara kedua-dua proses.

“Kami memohon pertimbangan baik Yang Arif bagi suatu tempoh wajar untuk mendengar kedua-dua rayuan. Kami tidak yakin sebarang tarikh pada April, Mei atau Jun adalah bersesuaian. Bagaimanapun, rayuan bukti tambahan boleh dipersetujui pada tarikh semasa yang telah ditetapkan,” katanya. 

Semalam mahkamah menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib bagi mengemukakan bukti baharu. 

Mahkamah juga menetapkan 28 Januari untuk pengurusan kes seterusnya bagi menentukan langkah berikutnya untuk rayuan utama.

Pada 7 Disember lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dalam kes SRC dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.

Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 28 Julai 2020.

Pada hari sama, Najib, 69, memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. – Bernama, 25 Januari, 2022.

 NAJIB NAK

JADIKAN

TANAH MELAYU

KOLONI INGGERIS

SEKALI LAGI

AMIN

BAWA MASUK

PEGUAM INGGERIS

AMIN

HINA  HAKIM

TANAH MELAYU

AMIN

HINA PEGUAM

TANAH MELAYU

AMIN

DENGAN JO LO

BUAT PROJEK

JADIKAN

TANAH MELAYU

PROVINSI

CHINA  MERAH

AMIN

KES SRC JADIKAN

TANAH MELAYU

DI BAWAH BAGINDA

QUEEN SEKALI

LAGI

AMIN

SEMUA INI

TAKTIK NAK

LAMBATKAN MASUK

PENJARA

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu ini tak boleh dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia.
Kita semua tahu bahawa belum pernah terjadi di muka bumi ini di mana Kerajaan Baginda Queen membantu sesiapa saja termasuklah warga asing dengan tulus ikhlas dan tanpa meminta sesuatu sebagai galang ganti.

Dalam konteks ini kita mesti berwaspa dengan permohonan Mat Kepit ni, kita tidak tahu ntah apa yg telah Mat Kepit ni janji untuk di faraidkan kepada Baginda Queen.

Anom-my berkata...

Isham. Itu hari lu cakap belakang Najib ada China Merah. Sekarang lu cakap Najib nak bawa baginda Queen ke Tanah Melayu pula. Mana satu ni Isham. Lu tak tahu ke, baginda Queen nak perang dengan China Merah bawah bendera AUKUS?