Rabu, 26 Januari 2022

TAHNIAH PDRM - SALUT

 



2 lelaki tempatan diberkas bersama rampasan dadah bernilai RM1.9 juta

DUA lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah diberkas bersama sejumlah dadah bernilai RM1.9 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar raya ini dan Iskandar Puteri pada 23 Januari lepas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang hasil maklumat yang diperolehi menerusi Op Tapis.

Beliau berkata suspek berusia 34 tahun ditahan dalam sebuah kenderaan di Kempas bersama syabu seberat 4.06 kilogram (kg) dan 1.1 kg ketamin manakala lelaki berusia 31 tahun itu pula ditahan di sebuah rumah di Nusa Bestari bersama rampasan ketamin seberat 37.5 kg syabu dan 6.1 kg ketamin.

“Dipercayai dua lelaki ini daripada sindiket yang sama dan dipercayai telah aktif mengedar sejak tahun lepas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai boleh digunakan sebanyak 250,000 penagih dan lima buah kenderaan pelbagai jenis bernilai RM225,000, wang tunai RM1,500 dan barang kemas bernilai RM65,000 turut dirampas dalam serbuan itu.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata hasil ujian saringan air kecing terhadap dua individu itu mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kamarul Zaman berkata kedua-dua individu itu direman selama tujuh hari bermula 24 Januari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut menjelaskan 512 individu di negeri ini termasuk tiga warga asing dari Mynmar dan Indonesia, berusia 20 hingga 50 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah ditahan dalam Op Tapis yang dijalankan bermula 21 hingga 23 Januari lepas. – Bernama, 26 Januari, 2022. 

SALUT PDRM

KEMPEN ANTI

DADAH BERJAYA 

DITERUSKAN

AMIN

TAPI LAPORAN

HANYA TANGKAPAN 

 TOKAN CEKAI

AMIN

MAT PET SELALU

KENA TANGKAP

DALAM OPERASI

AMIN

RAKYAT MAHU

PDRM TANGKAP

TAN SERI ESCOBAR

TOWKAY TOKAN

DADAH MALAYSIA

AMIN

BUKAN MAT PET

YG SEWA FLET

PANTAI DALAM

ATAU DUDUK

JADI SETINGGAN

DI PELENTONG JB

AMIN

NAPA TAK

TANGKAP

TAK SERI ESCOBAR

YANG RUMAH 

DI BUKIT TUNGKU

DI COUNTRY HEIGHT

BUKIT FEDERAL

AMIN

 TOKAN BESAR

ADA KONDO

DI HONG KONG

DI MACAO

LONDON NEW YORK

AMIN

TOKAN KOCIK

PENGGUNA DADAH

BIASALA BILA TEST

MESTI POSITIF

KAH KAH KAH

TAK SERI ESCOBAR

BUKAN PENGGUNA

DIA PENGIMPOT

PENGEKSPOT

AMIN

MINUM

 DOM PERIGNON

DG WAGYU BEEF

BUKAN  

TEH KOSONG

DENGAN TOSEH 

KEDAI MAMAK 

 DI BRICKFEILD

KHALAS

2 ulasan:

Nazrio berkata...

LeLaki tempatan ingat kan LeLaki tampan ntadi..ha ha haaa

Tanpa Nama berkata...

yg 2 ekor kena tangkap tu mesti melayu klu cino mesti lesap

khalas