Khamis, 3 Mac 2022

ADA PULAK BALAK HARAM

 



Puing kayu di Tasik Kenyir bukan sebab balak haram, kata jabatan

JABATAN Perhutanan Negeri Terengganu menafikan puing kayu-kayan dan juga kayu balak yang memenuhi kawasan Tasik Kenyir berpunca daripada pembalakan haram di sekitar tasik buatan itu.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata keadaan di tasik pelancongan terkenal itu berpunca daripada beberapa insiden tanah runtuh akibat hujan lebat sejak Ahad lepas.

“Di sini ingin saya nyatakan tiada sebarang pembalakan haram di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita di Tasik Kenyir, Kuala Berang.

Jelasnya, tanah runtuh itu seterusnya mengakibatkan kepala air dan turut menumbangkan pokok berhampiran dan membawa puing berkenaan ke tasik tersebut.

“Semasa tanah runtuh itu atau kepala air terdapat juga pokok-pokok yang berhampiran turun bersama tanah dan juga sampah sarap yang lama.

“Termasuk sisa kayu ranting yang mati dan turun sekali ke dalam sungai.

“Itu yang menyebabkan nampak seperti seolah-olah penuh dengan puing tapi sebenarnya tiada pembalakan haram yang berlaku,” katanya.

Keadaan di Tasik Kenyir itu sama seperti situasi yang berlaku di Bentong sewaktu banjir besar hujung tahun lalu apabila gelinciran tanah runtuh menyebabkan banjir puing.

Mengulas lanjut Roslan berkata Jabatan Perhutanan akan membuat kajian lebih mendalam untuk melihat kesan runtuhan tanah di kawasan sekitar Tasik Kenyir.

“Insya-Allah kita akan buat semakan lanjut yang mana kita akan cuba menanda kawasan yang terdapat tanah runtuh ini dengan mengambil gambar dan koordinat.

“Kita juga akan buat satu pemetaan pelan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya yang boleh digunakan untuk kajian bagi mengenalpasti bagaimana untuk mengambil langkah yang lebih baik ke atas kawasan terjejas ini,” katanya.

Video tular yang menunjukkan keadaan di Tasik Kenyir dipenuhi puing kayu-kayan dan juga balak itu menimbulkan kemarahan penduduk yang menggesa kerajaan negeri membuat siasatan segera.

Kejadian tanah runtuh di kawasan tasik itu turut menumbangkan menara penghantaran voltan tinggi Tenaga Nasional Berhad dan menghentikan operasi stesen janaelektrik di Tasik Kenyir.

Turut terjejas, jalan keluar masuk ke stesen janakuasa dan juga sebuah jambatan.

Banjir pada hujung minggu lalu di Terengganu disifatkan paling buruk yang menjejaskan hampir 20,000 penduduk. – 3 Mac, 2022.

DI MALAYSIA

ADA JUDI HARAM

ADA JUDI HALAL

KAH KAH KAH

AWAS

ADA BALAK HALAL

ADA BALAK HARAM

KAH KAH KAH

BALAK HARAM

TAK BOLEH

DIGULAI KAWAH

 KAH KAH KAH

TAK BOLEH BAWA SEMBAHYANG

KAH KAH KAH

JANGAN BAWA 

BALIK BALAK

KENALKAN PADA

EMAK AYAH

KAH KAH KAH

WOIT

BRO

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA MALAYSIA

KAH KAH KAH

KALAU DINAFIKAN

ERTINYA BETUL

KHALAS

KAH KAH  KAH

Tiada ulasan: