Khamis, 3 Mac 2022

BALA KOBID BELUM SELESAI - BALA UKRAIN SAMPAI

 



Ahli ekonomi jangka perang Ukraine jejas pemulihan ekonomi Malaysia

PEMULIHAN ekonomi Malaysia akan terjejas berikutan perang berterusan antara Rusia dan Ukraine, amaran ahli ekonomi.

Mereka berkata harga bahan mentah dan komoditi, termasuk minyak, akan meningkat, dan ini akan menyaksikan pengguna di Malaysia merasai tekanan.

Ia juga boleh menyebabkan inflasi meningkat di Malaysia, kata mereka.

Menurut mereka rakyat Malaysia tidak seharusnya berfikir bahawa perang itu berlaku “di suatu tempat yang jauh” dan dengan itu tidak akan menjejaskan Malaysia atau rantau ini dari segi ekonomi.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC) Lee Heng Guie memberitahu The Malaysian Insight perang itu akan menimbulkan risiko kepada negara secara keseluruhan, kerana ia akan membawa kepada harga komoditi yang lebih tinggi.

“Secara ringkasnya, mereka yang menjalankan perniagaan perlu menghadapi kos perniagaan yang lebih tinggi, dan ditambah pula dengan inflasi, ia secara langsung atau tidak langsung akan memberi kesan kepada penggunaan pengguna.”

Beliau memberi contoh seperti minyak dan gas asli, yang katanya akan menjejaskan harga pasaran.

“Kenaikan harga minyak adalah satu perkara yang baik kepada kerajaan, ia boleh meningkatkan pendapatan. Bagaimanapun, Malaysia adalah pengeluar minyak dan juga perlu meningkatkan subsidi untuk gas RON95 dan minyak masak.

“Akhirnya, kerajaan masih perlu menyediakan lebih banyak subsidi sehingga mengakibatkan jurang pendapatan,” katanya.

Selain itu katanya, beberapa bahan logam yang biasa digunakan dalam industri turut dihasilkan di Rusia, yang mana katanya akan turut melonjak ketika ini.

“Apabila harga barang-barang ini naik, ia akan menyebabkan kos menjalankan perniagaan yang tinggi dan seterusnya akan membawa kepada inflasi,” tambahnya.

Eksport Malaysia ke Rusia hanya menyumbang 0.3% daripada jumlah nilai eksport, manakala nilai import menyumbang 0.4%, yang mempunyai sedikit impak.

Kesan kepada industri penternakan

Lee berkata bahawa Malaysia terutamanya mengeksport produk elektronik dan elektrik ke Rusia, dan mengimport baja dan makanan haiwan ke negara itu.

“Ketika ini, mereka yang menjalankan perniagaan import berkaitan perlu membayar kos yang lebih tinggi. Jika mereka tidak dapat menyerapnya, Ia akhirnya akan diletakkan kepada pengguna.”

Sementara itu, Ketua Strategi Phillip Capital Phua Lee Kerk menegaskan bahawa perang antara Rusia dan Ukraine adalah seperti serampang dua mata, mempunyai reaksi positif dan lebih negatif.

“Dari segi positif, lonjakan harga produk mentah seperti minyak mentah dan minyak sawit memberi sedikit kesan positif kepada Malaysia, tetapi sebaliknya, terdapat juga banyak kesan negatif,” katanya.

Ini lebih-lebih lagi apabila kenaikan harga makanan haiwan terlibat kerana ia akan menjejaskan industri ayam domestik dan menyebabkan penggunaan menghadapi inflasi.

“Ia bukan masalah yang boleh diselesaikan dengan subsidi bahan api kerajaan. Sudah tentu kerajaan boleh menetapkan harga siling, tetapi seperti sebelum ini, ia akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam dan telur.”

Tambahnya, pada tahap tertentu, jika inflasi berterusan, ia akan menjejaskan kuasa membeli pengguna, terutamanya kerana ekonomi Malaysia perlu beransur-ansur keluar daripada varian baharu Covid-19 Omicron dan menuju ke arah pemulihan.

“Wabak ini telah menyebabkan inflasi di negara kita. Sekarang perang ini pasti akan memburukkan lagi masalah dan menyebabkan satu lagi tamparan besar kepada penggunaan.”

Beliau berkata, memandangkan beberapa negara utama turut mengenakan sekatan kewangan ke atas Rusia, tiada cara untuk meramalkan secara mendalam kesannya terhadap negara itu buat masa ini, tetapi daripada isu semasa, ia pasti memberi kesan negatif yang agak besar.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan “operasi ketenteraan” di Ukraine pada 24 Februari.– 3 Mac, 2022.


 BALA KOBID

BELUM SELESAI

AMIN

KINI BALA 

UKRAINE SAMPAI

AMIN

HARGA BAHAN

BAKAR MINYAK

NAIK

AMIN

GANGGU SELURUH

EKONOMI DUNIA

TERMASUK EKONOMI

MALAYSIA

AMIN

SAPA ADA TANAH

SILA BERKEBUN

INI LANGKAH BAIK

AMIN

KERAJAAN BUAT

KEMPEN 

BUMI HIJAU

TANAH TERBIAR

TANAM MAKANAN

AMIN

BARANG MAKANAN

AKAN NAIK HARGA

AMIN

KES KOBID

BELUM SELESAI

DAH JATUH 

TIMPA TANGGA

DIPEGANG TAIK

AYAM CANDU

AMIN

WAJIB BERSEDIA

EKONOMI AKAN

HANCAI

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang tak tau saling kebergantungan ekonomi dunia seperti golongan wal retard dan bebal serta golongan tongong sejarah peradaban manusia tu akan mengutuk golongan kominis seperti Rusia dan China Merah serta Yahudi Israel sebagai pembawa bala dunia. Mereka ingat idup mereka boleh senang lenang bagai buah durian datang menggolek tanpa merasa sakit tikaman duri-duri buah durian tu. Mereka ingat semua boleh kawtim dengan menadah tangan mohon bantuan Maha Esa tanpa berfikir dan berusaha atau bagsi bomoh abad ke 21 yang menjampi dengan dua biji buah kelapa dan dua batang buluh mel8gat masa hadapan . . . KAHKAHKAH ...