Khamis, 3 Mac 2022

NAJIB ADA KES LAGI

 

Najib, Irwan gagal dilepas tanpa dibebas kes pecah amanah RM6.6 bilion

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi mereka.

Hakim Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut, mengambil kira faktor pihak pendakwaan bersedia dengan perbicaraan.

“Tarikh perbicaraan selama 32 hari pada September 2021 sudah ditetapkan sebelum ini, namun dilapangkan atas permohonan pihak pendakwaan dan ia tidak dibantah pihak pembelaan.

“Permohonan untuk dilepaskan tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah hanya boleh dibenarkan jika pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes,” katanya dan menetapkan 1 hingga 4 April, 2023, 8-11 April dan sepanjang Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan baharu kes tersebut.

Najib, 68, dan Irwan, 63, memohon dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu hari ini, semasa pengurusan kes berkenaan atas alasan mereka dituduh sejak 2018 namun masih belum dibicarakan sehingga kini.

Terdahulu, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib berhujah walaupun selepas didakwa empat tahun lepas, kes terhadap anak guamnya masih tergantung dan perbicaraan belum lagi bermula.

“Pada masa sama, kami memohon beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tetapi ia masih belum dilengkapkan. Oleh itu, kami pohon satu perintah lepas tanpa bebas diberikan kepada anak guam kami,” katanya.

Peguam K. Kumaraendran yang mewakili Irwan berkata pihaknya tidak meragui proses mahkamah atau pihak pendakwaan, tetapi kes yang dihadapi anak guamnya masih lagi tergantung dan disebut sebanyak 14 kali di mahkamah sejak Oktober 2018.

“Kes ini tergantung kerana tiada kesesuaian tarikh bicara berikutan tertuduh pertama iaitu Najib sedang dibicarakan di beberapa mahkamah berbeza, dan pihak kami mendapat makluman daripada peguam beliau, tarikh yang masih tersedia hanyalah pada tahun 2023.

“Sekiranya Yang Arif membenarkan permohonan ini (lepas tanpa bebas), pihak pendakwaan boleh mengemukakan semula pendakwaan pada bila-bila masa,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bagaimanapun membantah permohonan itu, atas alasan tidak adil bagi mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan pada peringkat ini (sebelum perbicaraan).

Beliau berkata pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes, di mana sudah tiga kali serahan dokumen dibuat mengikut Seksyen 51A  dan mengikut peruntukan undang-undang, mereka boleh mengemukakan dokumen tambahan jika ada sebelum perbicaraan.

“Pendakwa raya mewakili 34 juta orang awam yang ingin melihat kes ini dibicarakan, bukan boleh dilepas tanpa dibebaskan begitu sahaja. Kami bersedia untuk membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh,” katanya.

Pada 24 Oktober, 2018 Najib dan Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember, 2016 dan 18 Disember, 2017 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama, 3 Mac, 2022.




 WOIT

NAJIB ADA 

BERAPA

 BANYAK KES

KAH KAH KAH

SAPA LEBIH BANYAK

NAJIB ATAU ZAHID

KAH KAH KAH

MUSTAHIL KES 

BANYAK INI

TAKDA SATU 

YANG SANGKUT

KAH KAH KAH

MUSTAHIL SEMUA

BUANG KES

AMIN

MUSTAHIL  NAJIB

AKAN BEBAS

AMIN

LAGI PUN 

DI AMERIKA

KES 1MDB

SEDANG BERJALAN

TUNGGU MASA

NAK MELEDAK LAGI

KAH KAH KAH

 BETUL BETUL 

34 JUTA RAKYAT

 MALAYSIA 

NAK TENGOK

 PENCURI MASUK

 PENJARA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara Mesia ni nama aje Negara Islam. Tapi tahap Integriti khasnya di peringkat Tertinggi di peringkat Terendah. Kalay Negara Yahudi, negara kapir boleh membicarakan dan menentang salahguna Kuasa, Rasuah, Penindasan sepertimana di US sekarang sedang berjalan pembicaraan beberapa karektor terlibat dalam skandal 1MDB yang mana banyak perkara terselindung dirungkai dalam pembicaraan tersebut. Tapi di LANUNLAND MESIA, Bapak segala Bapak LANUN masih BEBAS bagi ceramah lagi sana sini. Tebal betul muka Bapak Lanun ni, buat selamba aje macam dia tak terlibat. BINAWE. Kalau dulu MOTTO LANUNLAND "SATU LANUNLAND" sekarang "KELUARGA LANUNLAND", PI MAI PI MAI TANG TU. Ayuh BANGSA JOHOR, kita tumbangkan Parti LANUN ini.