Isnin, 28 Mac 2022

BERITA BAIK UNTUK KITA

 


Jumlah kemasukan hospital Covid-19 terus menurun

SERAMAI 850 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, jumlah itu terus menurun untuk hari keempat berturut-turut, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah kemasukan ke hospital itu, pesakit Kategori 2 mencatatkan jumlah kemasukan tertinggi iaitu 409, diikuti oleh Kategori 4 (196), Kategori 3 (142), Kategori 1 (79) dan akhir sekali Kategori 5 (24).

Noor Hisham berkata pesakit Kategori 1 dan 2 akan dimasukkan ke hospital jika mereka dianggap berisiko tinggi dan memerlukan pemerhatian.

Selangor, yang melaporkan lebih separuh daripada 16,863 kes baharu semalam, merupakan satu-satunya negeri yang melaporkan kemasukan dalam tiga digit iaitu 189.

Negeri dan wilayah lain yang turut merekodkan kemasukan baharu termasuk Johor (89), Perak (80), Sarawak (73), Pulau Pinang (66), Kelantan (59), Kuala Lumpur (56), Pahang (46), Kedah (45), Terengganu (35), Negeri Sembilan (32), Sabah (27), Putrajaya (24), Melaka (17), Perlis (11) dan Labuan (1).

Noor Hisham berkata, 838 orang telah discaj semalam.

Sementara itu, daripada 16,863 kes baharu yang dilaporkan semalam, hanya 100 kes berada dalam kategori serius iaitu 3, 4 dan 5.

Sebanyak 16,763 daripada jangkitan adalah bergejala ringan dan berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Daripada 100 kes serius, 30 kes sama ada tidak divaksin atau belum selesai divaksinasi.

“44 daripada mereka telah menerima dua dos vaksinasi tetapi tidak mengambil suntikan dos penggalak, manakala baki 26 lagi telah menerima suntikan dos penggalak mereka.

“Daripada 100 kes itu, 69 adalah pesakit berumur 60 tahun ke atas, manakala 63 mempunyai komorbiditi,” jelas Noor Hisham mengenai kes yang dilaporkan serius semalam.

Mengenai penggunaan unit rawatan rapi (ICU) berkaitan Covid-19, Noor Hisham berkata dua negeri atau wilayah telah melepasi paras 50 peratus.

Penggunaan ICU di Kuala Lumpur adalah yang tertinggi pada 63%, diikuti oleh Selangor pada 52%.

Mengenai kadar penggunaan katil bagi kes Covid-19, Noor Hisham berkata daripada 12,348 katil yang tersedia untuk kes tidak kritikal, 5,179, atau 42% telah digunakan.

Daripada 882 katil di ICU, 299 (34%) telah diduduki manakala 1,032 (10%) daripada 10,452 katil di pusat kuarantin berisiko rendah sedang digunakan. – 28 Mac, 2022.

 

TAHNIAH

BARISAN HADAPAN

AMIN

MAKLUMAT TELUS

UNTUK SEMUA

AMIN

BUKAN MACAM

CHINA MERAH

MAKLUMAT SOROK

RATUS RIBU MATI

TAPI TAK LAPUR

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Nazrio berkata...

nak pru15 ni...bagi meLayu raya posa..raya aji...enjoy2 sebeLum semeLih