Isnin, 28 Mac 2022

KESAH KELUARGA PENCURI

 


Kes gubah wang haram Shafee tangguh

PERBICARAAN kes peguam Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram dan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditangguhkan ke esok kerana saksi ketujuh pendakwaan tidak sihat.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memberitahu Hakim Muhammad Jamil Hussin bahawa pegawai cukai LHDN Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad memaklumkan keadaan kesihatannya pada 8 pagi tadi.

“Saksi masih dalam pemeriksaan balas. Saksi kami seterusnya ialah pegawai penyiasat. Justeru kami memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan ke esok,” katanya.

Memandangkan tiada bantahan daripada peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan hari ini dan menetapkan esok untuk menyambung perbicaraan.

Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Disember 2014. – Bernama, 28 Mac, 2022.

 KESAH BENAR

KELUARGA

PENCURI

AMIN

BESAN MENCURI

BEG HERMES

DI NEW YORK

AMIN

MENANTU

MENCURI KONDO

DI NEW YORK

AMIN

ANAK MENCURI

DUIT BUAT FILEM

AMIN

BINI CURI DUIT

MINTA KOMISEN

AMIN 

SEKARANG

PEGUAM YG

MEMBELA PUN

KAKI CURI

KAH KAH KAH

AMIN

INILAH DIA

NAJIB PENCURI

BESAR YG WAJIB

MASUK PENJARA

SEKARANG

KAH KAH KAH

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bnyak sungguh duit najib.. bayar syafie dia 9 juta mcm tu aje... Kaye bebenor...