Jumaat, 15 April 2022

ADMAN SALEH HITCH HIKING



ADMAN SALEH

HITCH HIKING

AMIN

Adman Md Salleh

Saya tabik kepada daya kemampuan akal tuan dapat mengingati dengan terperinci pengalaman pertama hitchhiking. Saya hanya dapat mengigati cebisan-cebisan dari peristiwanya seperti tidur seorang diri dimasjid Bentong kerana kebanyakan kenderaan jika tiba diBentong jam 10 malam keatas tidak akan meneruskan perjalanan mereka, tidur dan bangun apabila kereta api tiba seorang diri distesyen kereta api Taiping, 


sekali itu saya ditumpangkan menaiki kereta Mercedes seorang pegawai tentera berpangkat tinggi bersama isteri dan anak perempuan. Ketika itu kami dikawasan Rantau Abang yang tiada rumah yang ada semak belukar dan saya tidak dapat menahan lagi untuk buang air kecil, terpaksalah minta kereta diberhenti dan berlari kesemak belukar…ha,ha, ha. Saya sudah lupa apa yang mendorong dan mengapa saya suka hitchhiking seorang diri ?

1 ulasan:

hudbenseman berkata...

Ya betul. Isham ada daya ingatan yang kuat. Tabik spring kt lu tt..Aku yang usia 37 ni pun dah lupa mcm mna aku hitchiking ke Johor Bahru dari skolah asrama taiping.. semata2 nak tengok gig Koffin Kanser.
Satu satunya yg aku ingat, aku tumpang Lori..punya senang kerja tumpang Dari tol changkat jering sampai straight pasir gudang..tapiiiii drebar tu sapa melayu ka Cina ka India ka tobat aku dah lupa.lol