Jumaat, 15 April 2022

GANJA DADAH HUKUM GANTUNG

 




Polis tahan 2 lelaki, rampas ganja dan ketum

POLIS menahan dua lelaki dan merampas ganja serta ketum, bernilai kira-kira RM10,000, dalam serbuan di Taman Menteri, Taiping, Perak Rabu lepas dan di KM 212.1 Lebuhraya Utara Selatan pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Menteri, seorang lelaki berumur 42 tahun ditahan di belakang rumah itu dan pemeriksaan lanjut menemukan tiga pasu pokok ganja, enam paket plastik berisi daun ganja kering dan enam tiub biji benih ganja yang disorok dalam pasu.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan adalah RM2,400 dan siasatan mendapati suspek membeli biji benih ganja secara dalam talian manakala pokok ganja itu ditanam sejak enam bulan lalu.

“Hasil semakan rekod lampau, suspek mempunyai sembilan kes berkaitan dadah dan suspek ditahan  reman tujuh hari mulai 14 April hingga 20 April serta kes disiasat mengikut Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Katanya lelaki itu yang tidak mempunyai pekerjaan dan masih bujang juga didapati positif ganja.

Sementara itu dalam kes kedua, polis peronda Lebuhraya Bandar Baharu-Changkat Jering telah menahan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di KM 212.1 Lebuhraya Utara Selatan pada 8.15 pagi semalam yang dipandu seorang lelaki berumur 40 tahun.

Osman berkata pemeriksaan lanjut menemukan beg plastik berwarna hitam disyaki mengandungi daun ketum bernilai RM7,200.

Beliau berkata lelaki itu, yang dipercayai baru terlibat dengan kegiatan penjualan daun ketum, sedang membawa bahan itu dari Kedah ke Seremban dengan upah RM2,000 bagi satu perjalanan.

Katanya suspek tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan direman empat hari mulai hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – Bernama, 15 April, 2022.

UNDANG UNDANG

BAGINDA QUEEN 

TAHUN 1952

AMIN

TANAH MELAYU

BELUM MERDEKA

AMIN

HUKUMAN INI

DIJADIKAN OLEH

PENJAJAH UNTUK

BUNUH EKONOMI

BUMIPUTERA

AMIN

TOKAN CANDU

MASA ITU IALAH

KUASA KOLONIAL

INGGERIS

AMIN

 GANJA KETUM

PRODUK ASLI

BERSAING HEBAT

DENGAN CANDU

AMIN

APA TUJUAN

PENGGUNA

PENANAM

GANJA KETUM

DI HUKUM ?

AMIN

SEBAB UTAMA

TANAMAN ASALI

INI TIDAK DAPAT

DICUKAI

AMIN

DI INDIA CANDU

GANJA DINIAGAKAN

OLEH INGGERIS

AMIN

INGGERIS LARANG

ORANG INDIA

BUAT GARAM

AMIN

MUSTAHIL TAK

NAMPAK

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pantek boto lah aaii..¡!

Pulis jumpo 3 pasu pokok ganja nilai eehh RM2400.00 ajo... Nevin Tan anak Taikun pulis jumpo 36 pokok ganjia dan berkilo kilo ganja mampat nilai puluh ratus ribu henhgget bebas dan lepas... apo pantek ee ni..!?



Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Menteri, seorang lelaki berumur 42 tahun ditahan di belakang rumah itu dan pemeriksaan lanjut menemukan tiga pasu pokok ganja, enam paket plastik berisi daun ganja kering dan enam tiub biji benih ganja yang disorok dalam pasu.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan adalah RM2,400 dan siasatan mendapati suspek membeli biji benih ganja secara dalam talian manakala pokok ganja itu ditanam sejak enam bulan lalu.

Memang banyak cito macam pantek kat Mesia skg ni.

KHALAS